/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Thursday, June 9, 2011

KENA BOIKOT SEBAB SEKSI

Assalamualaikum dan hi untuk semua..
Bersyukur dipertemukan lagi hari ini. Saya mengagak bukan meramal bahawa pada sebelah petang hujan akan turun mencurah-curah macam semalam, tidak begitu sesuai kalau hantar kereta untuk dicuci, saya dah kena semalam tapi saya tak marahkan hujan, hujan membawa rahmat, menyuburkan semula pokok bunga yang sudah layu dan paling saya suka dengan hujan suasana agak nyaman, rasa agak dingin, tidur malampun rasa selesa.


Yang di atas itu mukaddimah saja..
Yang saya nak sentuh kali ini ialah tentang tajuk di atas.
Di tempat saya tinggal terdapat kedai makan yang saya panggil 'kedai tiga serangkai' sebab ada tiga semuanya. Makanan yang dijual hampir sama semuanya, makanan untuk sarapan, tengah hari tetapi malam ada satu sahaja kedai yang buka, yang dua lagi tu tidur awal.
Kedai makan di tengah-tengah diusahakan oleh seorang perempuan muda, kulitnya putih melepak, pada mata saya dia seorang yang boleh tahan cantiknya, memakai  tudung daripada selendang yang diubahsuai bertambah terserlah manisnya dia. Saya selalu datang ke sini terutama pada sebelah pagi. Makanannya boleh tahan, layanannyapun ok, tapi..........................................................................................................................

Sejak akhir-akhir ni saya dapat merasakan kelainan sewaktu makan di sini. Satu perkara dia asyik tertinjau-tinjau makanan di kedai sebelahnya, kadang-kadang dia bertanya pelanggan beli apa di kedai sebelah. Ada pelanggan yang rajin pulak memberi info. Bagi saya yang itu bukan masalah besar walaupun perbuatan itu tak manis.

Yang menjadi masalah ialah sejak akhir-akhir ini saya rasa makanannya sudah tak begitu sedap lagi.
Macam-macam yang tak kena pada lidah saya, semuanya dah tak menarik lagi. Saya rasa saya dah berubah sebab diapun dah berubah. Daripada seorang wanita sopan sekarang kepalanya sudah telanjang, nasib baik dia masih berbaju bukan berbogel tetapi berbaju yang ala-ala model pakai, ketat, singkat, padat  sehingga nampak liku-liku tubuhnya yang tinggi macam model itu. Make-up tak usah cerita, tebal sehingga menutup kecantikan aslinya. Mak ai..apa kena mengenanya dengan saya?

Itulah nak cerita..Disebabkan dia dah semakin seksi sekarang ini, makanannyapun dah tak sedap maka sayapun dah tak berselera nak makan di situ, jadi saya BOIKOT kedainya sehingga ke hari ini. Sekarang ini kedai makan di sebelah kanan kedainya menjadi kegemaran saya, diusahakan oleh seorang anak dara tua. Anak dara tua pun anak dara tualah...yang ini manisnyapun tak kalah, lagipun dia memakai tudung. Ini yang mungkin membuatkan makanannya menjadi sedap, betul tak? Patut ke saya boikot kedai yang mula-mula tadi? 

Wanita dari Amerika ini telah dipecat majikannya Disneyland Restaurant kerana bertudung namun dia bangkit menuntut haknya sebagai seorang Muslim

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...