/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Tuesday, June 7, 2011

BUKAN DICABUL BUKAN DIDERA

Assalammualaikum dan selamat pagi.
3hb. Jun 2011 bersamaan hari Jumaat jam 2.30 petang, itulah hari dan jam terakhir saya melihat blog ini berlegar-legar di ruang maya. Dengan 136 follower, 3365 pageview, 1698 kunjungan berdasarkan geocounter serta lebih kurang 74 post telah tercatat dalam blog ini, hilang sekelip mata selepas jam 2.30 petang.
Blogger hanya memaparkan ayat ini:

BLOG HAS BEEN REMOVED
Sorry the blog at telekungputih.blogspot.com has been removed

Saya terkial-kial juga mencari puncanya, hanya dalam kepala terfikir bahawa ini kerja hacker yang tak ada kerja lain tapi kenapa blog ini yang jadi mangsa? Saya terfikir lagi perkara lain, ini mungkin ada kena mengena dengan beberapa entry saya yang menyentuh isu sensitif mungkin? Tapi isu apa ya? Pening juga memikirkan ini, politik? Agama? Entahlah..

Dalam berkira-kira sama ada hendak membina semula blog baru atau mengharap saja blog yang lama itu kembali ke pangkuan saya, saya ada membuat aduan kepada pihak admin blogger. Dalam masa 24 jam saya menerima e-mail melalui blog orang lain memberitahu mereka tidak menemui atau menjejaki blog saya. Saya sangka mereka tidak dapat berbuat apa-apa dan berhenti berusaha untuk saya. Namun awal pagi tadi blog ini berjaya ditemukan semula.

Saya sangka blog saya akan kehilangan entry (huh..penat mereka ayat!), follower, jumlah pageview dan jumlah pelawat berdasarkan geocounter  namun saya bersyukur blog ini tidak ada tanda-tanda 'dicabul atau didera' oleh sesiapa (tu lah tak baik buruk sangka). Ini berlaku hanya kerana kesilapan admin blogger itu sendiri.

Selama ketiadaan blog ini di ruang maya, saya terpaksa mencutikan diri walaupun tangan ini gatal hendak menaip post baru. 
Alhamdulillah saya kembali ke dunia blogger selepas bercuti agak lama. Selamat kembali buat Norm the blogger.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free