/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Thursday, June 2, 2011

BLOGGER TERKILAN

Assalammualaikum kepada hari Khamis yang cerah..(cepatlah kering baju-baju lembab di ampaian)


Masa yang terluang ada kalanya saya gunakan untuk blogwalking..Kekadang membaca entry di blog kengkawan saja, kekadang tengok gambar semata-mata..Maknanya ikut mood jugalah si Blogger sorang ni!


Cuma dalam berblogging sejak Disember 2010 saya belum berkesempatan untuk menyahut cabaran Blogger-blogger lain yang  mengadakan pertandingan yang menarik. Hadiah-hadiah disediakan pun menarik hati. 
Contoh Blogger yang saya maksudkan ialah WanCikguMuzik (blognya kerap saya lawat sebab lain daripada yang lain). Blog-blog lain pun tak kurang hebat, kalau boleh nak sertai semuanya sebagai suatu bentuk sokongan kepada rakan-rakan Blogger tapi....akhirnya saya dapati pemenang sudah diumumkan semasa sedang buat blogwalking. Melopeh den...Terkilan memang terkilan tapi nak buat macamana?


Rasanya inilah entry saya yang paling pendek dan ringkas sejak bergelumang dalam dunia blogger.
Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...