/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Monday, June 13, 2011

BERASA TERHINA SEBAGAI PEREMPUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Ternyata saya masih bernafas, syukur kepada Allah menganugerahkan udara yang nyaman, hari yang cerah dan indah untuk dinikmati. Namun ini tidak berpanjangan apabila tiba-tiba jiwa saya seolah-olah dirobek-robek tanpa belas kasihan. Memang teruk bunyinya bukan?


Satu-satunya yang saya semakin suka lakukan sebaik balik dari tempat kerja ialah blogwalking lebih-lebih lagi membalas kunjungan walaupun tidak mampu membalas kesemuanya namun saya cuba sedaya-upaya.
Kadang-kadang saya akan melakukan blogwalking pada sebelah malam jika tidak berkesempatan pada sebelah siang. Blogwalking kadang-kadang dilakukan main terjah atas dasar berkawan tanpa sempadan. Ternyata melalui acara main terjah saya akan mendapat lebih ramai kawan. Bagus betul bunyinya bukan? Namun sesuatu yang agak malang bagi saya apabila menerjah ke blog seorang makhluk Allah ini.
Tanpa prasangka saya terterjah blognya yang 100% memaparkan kelucahan, saya ulang sekali lagi..KELUCAHAN!
Sungguh saya berasa sangat TERHINA dan TERSINGGUNG sebagai seorang perempuan! Kenapa tidak? Foto-foto yang dipaparkan terkena batang hidung makhluk Allah yang bernama PEREMPUAN dalam keadaan yang sangat mengaibkan tetapi menjadi satu keseronokan dan kepuasan mungkin bagi makhluk Allah yang bernama lelaki untuk menjadi penontonnya. Saya tidak tahu pula jika ada makhluk Allah yang bernama perempuan berasa seronok ditontoni fotonya dalam keadaan sedemikian yang pada saya selayaknya berkeadaan begitu di tempat-tempat peribadi seperti bilik tidur atau bilik air.
Betapa TERDESAKNYA makhluk-makhluk Allah ini, semoga kita terhindar daripada kemaksiatan mata yang boleh menjerumus kepada keruntuhan akhlak.

Untuk blog seperti ini nampaknya saya terpaksa meletakkan sempadan, HARAP MAKLUM!



                                                                       

1 comment:

  1. setuju letakkan sempadan blog macam tu x rugi
    malah terselamat
    tada pekdah malah mengundang padah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...