/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Thursday, May 19, 2011

WANITA-WANITA YANG MENGAIBKAN ISLAM


Seorang aktres berketurunan Turki berusia 25 tahun, Sila Sahin yang menetap di Berlin pada awalnya menjadi kebanggaan keluarga dan disenangi peminatnya kerana menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman.
Namun mereka yang rapat dengannya mula memboikot gadis ini kerana langkah mengejutkannya berbogel untuk majalah Playboy Jerman.
"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas, bebas daripada semua halangan yang membelenggu sejak dari zaman kanak-kanak dan gambar-gambar ini adalah buktinya"
Keluarganya tidak dapat menerima tindakan Sila terutama ibunya yang terus memutuskan hubungan dengan aktres tersebut. Sementara ayahnya yang juga seorang pelakon turut menyatakan kebimbangannya bahawa anak gadisnya akan dibenci oleh bukan sahaja masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam.
Sila walau bagaimanapun menyatakan rasa kesal atas tindakan keluarganya dan merayu agar mereka dapat menerimanya semula.

Happy Salma bersama suaminya

Rianti saat-saat melakonkan watak dalam 'Ayat-ayat  Cinta'

Pinkan Mambo

Ketiga-tiga aktres Indonesia ini terlibat dalam kancah cukup mengaibkan apabila murtad disebabkan mengikut kehendak calon suami mereka yang bukan Islam.
Happy Salma berkahwin dengan Tjokorda Bagus seorang yang beragama Hindu pada 29 September lalu melalui adat istiadat Hindu.
Sementara Rianti melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki 'mat saleh' yang mesra dipanggil Cas di sebuah gereja di New York, Amerika Syarikat. Dia dikatakan sudahpun murtad sebelum berkahwin. 
Pinkan Mambo pula murtad apabila berkahwin dengan Steve seorang penganut agama Kristian.

(Sumber: Media Rakyat)


Shasha Saidin aktres dari Malaysia, suatu ketika dulu juga pernah mencetuskan kontroversi apabila melangsungkan perkahwinannya di sebuah gereja di luar negara dengan lelaki 'mat saleh' dari Amerika Syarikat. Namun aktres ini menafikan sekeras-kerasnya. Amat jelas di sini CINTA telah menjadikan manusia itu BUTA.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free