/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Wednesday, May 18, 2011

BOLEHKAH KITA MENGELAK DARIPADA MATI MENGEJUT?

Ini sukar untuk dijelaskan kerana kita tidak diberi sebarang amaran. Namun paling penting ialah menjaga kesihatan jantung.
Bagaimanakah caranya?.

 Minum teh hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang berkuasa menurunkan kolesterol dan tekanan darah.

 Memasak gaya orang Itali
Gunakan minyak zaiton sekerap yang mungkin dengan syarat digunakan secara mentah bukan untuk menggoreng.

  Jangan malas menyemak label bahan makanan
Lemak tidak boleh melebihi 30% daripada jumlah kalori yang diambil.
Elakkan lemak trans.

  Amalan makanan sihat
Lebihkan serat terutama brokoli dan kubis.

  Mulakan hari dengan jus
Jus oren mengandungi asid folik yang membantu merendahkan homosistein, asid amino yang berkait dengan risiko serangan jantung.

  Makan pisang
Pisang sumber kalium yang bagus untuk menyingkirkan natrium dari tubuh.

  Kurangkan gula
Individu yamg mengambil lebih daripada 74 g (dua hingga tiga minuman ringan) adalah 87% lebih berisiko mengalami peningkatan darah.

  Cari masa untuk tidur
Tidur yang cukup mengurangkn risiko penyakit jantung 33%. Ini kerana kurang tidur menyebabkan tubuh membebaskan hormon stres yang mengecutkan arteri dan mencetuskan keradangan.

  Bersenam untuk jantung
Berjalan selama 2.5 jam dalam tempoh seminggu (20 minit sehari) boleh mengurangkan risiko serangan jantung sehingga satu pertiga.

Mulakan dan akhiri hari dengan regangan
Kajian di Jepun mendapati individu dewasa yang berusia 40 tahun yang kerap melakukan regangan kurang 30% mengalami kekakuan dalam arteri.

  Jangan jadi perokok pasif
Mempunyai kawan-kawan yang merokok? Jauhi diri anda dan percayalah, jantung anda akan sangat berterima kasih.

(Sumber: iSihat)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free