/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Wednesday, May 18, 2011

INSIDEN MATI MENGEJUT


21 Januari 2011 - Faizal Yusop
Pada usia 33 tahun, dramatis yang mula mencipta nama menerusi telemovie Blok 404, Faizal Yusop meninggal dunia setelah terjatuh di bilik air rumahnya pada pukul 9 pagi dan sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara. Doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.45 petang disebabkan serangan jantung. Terkejut dengan berita tersebut, hampir 1,000 orang hadir ke majlis pengkebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam, Taman Batu Muda, Gombak.


Ogos 2009 - Ustaz Asri Rabbani
Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim, meninggal dunia pada pukul 11.45 pagi selepas tidak sedarkan diri di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri.
Allahyarham yang mesra dipanggil Ustaz Asri rebah ketika membuat latihan nyanyian lalu dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan  jantung. Meninggalkan seorang balu dan enam orang anak, Asri dikatakan mengadu pening kepala dan badannya berpeluh-peluh. Malah sebelum memulakan latihan, allahyarham batuk dan wajahnya pucat serta muntah-muntah.


Julai 2006 - Hani Mohsin Hanafi
Hasrat pelakon dan pengacara rancangan hiburan Roda Impian terbitan Astro, Hani Mohsin Hanafi yang berusia 41, untuk pulang ke kampungnya di Perlis bersama anak perempuannya tidak kesampaian apabila dia mati mengejut di terminal penerbangan. Pelakon berkaliber ini tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri kira-kira jam 9.50 pagi akibat serangan jantung secara mengejut ketika sedang berurusan di kaunter pelepasan. Tanpa sebarang rekod mengenai penyakit jantung ataupun penyakit serius lain, Hani Mohsin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berdekatan.


13 Januari - Feao Latu
Pemain ragbi dari Tonga yang juga bapa kepada dua orang anak yang masih kecil, mati akibat serangan jantung ketika beraksi dalam perlawanan divisyen tiga Perancis. Feao Latu, pemain sayap Perigueux, rebah 15 minit ketika perlawanan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. Latu dilaporkan mengadu berasa kurang sihat pada minit ke-17 apabila pasukannya telah menjaringkan satu cubaan. ketika pemain sedang menunggu untuk sepakan conversion, Latu rebah dan sempat melambai tangan ke arah bangku simpanan untuk menarik perhatian doktor pasukannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free