Yvone Ridley |
Saya hanya mahu memetik kata-kata seorang penyiar dan wartawan terkenal Inggeris Yvone Ridley yang telah mengucapkan syahadah beberapa tahun yang lalu tentang berita meragukan yang berkaitan dengan gugurnya Osama.
"Hanya bahagian yang mudah ditipu oleh orang Amerika yang jatuh ke dalam bualan sia-sia ini sementara seluruh dunia sedang mempertahankan akal sihat mereka serta berita bahawa pemimpin Al-Qaeda tersebut gugur di Abbottabad, Pakistan."
"Apa yang saya ingin tahu ialah mengapa mereka membuang jenazah Osama di laut, bukankah dengan demikian menghilangkan setiap bukti penting?"
"Orang tidak lagi percaya apa pun yang keluar daripada Rumah Putih sejak kami semua dibohongi tentang keberadaan senjata pemusnah massal (WMD) di Iraq"
"Berita ini tentu memberhentikan orang berfokus pada dan berbicara tentang hal kelahiran Obama - isu yang menjadi ganggguan besar bagi Presiden Amerika yang sedang menjalankan kempennya untuk penggal kedua."
"Obama memberikan alasan bahawa dengan kata lain mereka boleh menghindari perburuan termahal di dunia selama 10 tahun terakhir, perang sia-sia terhadap keganasan dan bencana perang di Afghanistan yang mengorbankan puluhan ribu nyawa."
"Obama sekarang perlu alasan untuk menarik diri dari Afghanistan setelah 10 tahun perang sia-sia di sana."
No comments:
Post a Comment