/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Tuesday, May 17, 2011

ANCAMAN BUNUH KE ATAS SEORANG IBU KERANA MENYOKONG POLITIK AYAH

Nurul Izzah pada hari perkahwinannya

Seorang ibu kepada dua orang anak, juga Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menerima beberapa ancaman bunuh melalui SMS.
Nurul Izzah cukup yakin bahawa ancaman ini bermotifkan politik kerana kata-kata ancaman tersebut yang lebih kurang bermaksud:


'Anak kamu akan menerima nasib seperti Sharlinie (kanak-kanak yang hilang akibat diculik) jika kamu terus menyokong ayah kamu Anwar Ibrahim'


Menurut Nurul Izzah, ancaman ini bertujuan memberi mesej kepada ayahnya supaya berundur daripada politik kerana ayahnya dianggap musuh nombor 1 negara berbanding rasuah dan dadah.


Disebabkan bimbang keselamatan anak-anak dan keluarganya, Ahli Parlimen ini membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Penghantar SMS itu boleh didakwa melakukan kesalahan jenayah menurut seksyen 503, konspirasi jenayah di bawah seksyen 120A, dan konspirasi serta percubaan untuk melakukan kesalahan jenayah di bawah seksyen 364 iaitu menculik dengan tujuan membunuh/menyebabkan kematian. 


(sumber: Harakah)


Bagaimana agaknya seorang anak itu patut buat apabila dia mendapati ayahnya diperlakukan sebegitu rupa, difitnah, dimalukan dan dipenjarakan? Adakah kita jika berada di tempat Nurul izzah hanya 
berdiam diri dengan berpeluk tubuh membiarkan ayah kita dihina dan dicerca?


 Penglibatan ahli parlimen ini ke dalam kancah politikpun sesudah didorong oleh peristiwa ayahnya ditangkap dan dipenjarakan sedikit masa dulu. Adakah patut dia menasihatkan ayahnya supaya berundur seperti yang dimahukan oleh musuh politik tersebut? Nanti orang akan kata 'pengecut' pula dan 'patutlah mengalah sebab memang bersalah' atau sepatutnya dia 'lawan tetap lawan' dan 'berani kerana benar'?


Saya melihat permainan politik di M'sia SANGAT KOTOR penuh najis dan bangkai serta tidak matang!


Anwar Ibrahim bersama isteri dan cucunya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free