Hari ini, Jumaat semasa beristirahat saya tiba-tiba terlintas di kepala nak tukar gambar profile.
Nak kata bosan dengan gambar yang lama tu tak jugalah. Ini cuma gara-gara terjumpa satu gambar dalam google image, saya tiba-tiba jatuh hati pada gambar tu. Apabila direnung pada sepasang matanya yang berkaca, dia seolah-olah sedang berbicara tentang sesuatu..tentang kehidupan mungkin!
Walaupun anda tak peduli tapi saya suka dan saya berkenan..
Saya akan terus menggunakan gambar ini sehingga saya berasa bosan.
No comments:
Post a Comment