/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Friday, May 20, 2011

SEKADAR TERLINTAS DALAM FIKIRAN

Apabila orang masih membicarakan tentang majlis perkahwinan diraja yang gilang-gemilang pasangan William dengan Kate Middleton, saya hanya terkulat-kulat sambil menikmati sarapan pagi di kantin tempat saya bertugas. Terus terang saya tidak begitu mengikuti perkembangannya, sekadar mengetahui yang mereka akan berkahwin. Pada saya tiada perkahwinan segemilang perkahwinan Diana dengan Charles setakat ini walaupun saya tidak sepatutnya membuat perbandingan dengan kate kerana tidak menontonnya sebelum ini.






Saya masih berada di bangku sekolah pada masa itu. Rakan-rakan sekolah turut menjadikan fesyen rambut Diana sebagai rujukan. Apa sahaja yang dipakai Diana daripada topi hinggalah kepada kasut menjadi ikutan.
Semuanya kelihatan sempurna kalau dia yang memakainya. Dia juga seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak sesuai pula dengan tugasnya sebagai guru di tadika. Tidak pernah pula saya terdengar Diana hidup berpoya-poya bersama Charles sebelum berkahwin apa lagi hidup bersekedudukan selama bertahun seperti Kate Middleton dengan William. Cuma sayangnya Diana buat perangai semasa masih sebagai isteri Charles kerana Charles menyimpan gundik. 
Mungkin atas perbandingan ini yang menyebabkan perkahwinan Kate Middleton dengan William tidak menarik perhatian saya? Apapun kehadiran Diana sebelum kemalangan jiwa banyak menarik perhatian umum tidak ketinggalan dengan terciptanya lagu ini khas untuknya.


2 comments:

  1. ;-)puteri diana (tak lahir lagi) william dan midleton (tak minat ) jadi kedua-duanya saya tak tengok...

    ReplyDelete
  2. betul.... Puteri Di tiada tandingannya... saya suka jelingan matanya yg manja...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...