/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Saturday, May 14, 2011

DIHUKUM TEMBAK KERANA MELIWAT

Yehya Hussein seorang tukang gunting dari Yaman telah dihukum tembak kerana didapati bersalah meliwat dan membunuh kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di kedai gunting miliknya sekitar tahun 2009. Mayat kanak-kanak itu dipotong-potong sebelum dicampakkan di tempat lain.


Yehya Hussein dikenakan hukuman tembak selepas mengaku bersalah di mahkamah dunia. Hukuman ini dilaksanakan di depan khalayak ramai sebagai suatu pengajaran kepada orang ramai agar tidak memasang niat apatah lagi melakukannya.





Hukuman seperti ini tidak dilaksanakan di negara ini, bagaimana jika ini dijalankan di negara kita? Adakah kita sanggup menyaksikan sendiri kepala pesalah ini berkecai akibat tembakan jarak dekat? Mungkin dengan mendengarnya saja kita sudah berasa gerun apa lagi menyaksikannya dengan mata kepala sendiri. Mungkin hukuman ini kelihatan sangat kejam namun perbuatan Yehya ke atas mangsa sudah tentu terlebih kejam lagi. Bolehkah kita bayangkan keadaan kanak-kanak yang menjadi mangsa pada saat dia diliwat dan dibunuh? Dapatkah digambarkan dengan kata-kata? Kisah ini mengingatkan saya kepada beberapa orang kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol dan bunuh di negara ini.


Preeshena

Nurulhuda

Nurin Jazlin


Yehya sudahpun menerima hukumannya dan ini mungkin menyebabkan ramai penduduk Yaman tidak dapat melelapkan mata. Namun di negara ini menurut kajian, 6 orang sehari menjadi mangsa rogol. Semoga kita tidak pernah melupakan kejadian ini.



1 comment:

  1. i guess pesalah mcmni patut diseksa dulu bfr dihukum bunuh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free