/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Saturday, May 14, 2011

SENYUMAN BUAT GURU

Mengambil kesempatan daripada satu tugasan yang memerlukan saya ke JB, HINODE SHOP sekali lagi menjadi pilihan saya untuk meninjau-ninjau cenderahati khusus untuk HARI GURU yang akan disambut pada 16 Mei setiap tahun.

Belajar daripada pengalaman pada tahun-tahun sudah, kali ini saya mahu membuat persiapan lebih awal sebelum diingatkan oleh anak-anak. Pengalaman 'kurang indah' sebelum ini membuatkan saya serik kerana sikap alpa menyebabkan saya dan anak-anak lewat masuk tidur kerana membantu mereka membungkus hadiah untuk guru-guru yang mereka kasihi.

HINODE SHOP turut peka dengan sambutan hari yang diraikan khusus untuk golongan yang bergelar guru.
Saya dapati banyak hadiah-hadiah yang sesuai dan menarik walaupun harganya agak murah. Tambahan pula anak-anak mahu menghadiahkan kepada semua guru yang mengajar kelas mereka, oleh itu cenderahati seperti pen 'Parker' atau 'Pilot' mungkin tidak mampu untuk diberikan kepada semua guru.
Bagi saya HINODE SHOP memberi ruang pilihan kepada ibu bapa, cuba lihat yang ini:







Apabila memberi peluang memilih kepada anak perempuan saya, ini pilihannya...


Anak lelaki saya agak berbeza pilihannya malah jumlahnya pun agak banyak...



Namun apabila memberi peluang kepada anak lelaki saya yang bersekolah menengah, katanya dia hanya akan menghadiahkan guru-gurunya yang ini:




Atau paling tidakpun yang ini...



Atau yang ini mungkin...?



Apa-apapun yang paling jelas dan penting adalah...


Anak-anak anda yang bersekolah menengah pula bagaimana?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free