/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Friday, May 13, 2011

LAUT MATI - Kubur Orang-Orang yang Dilaknat Allah


Berdasarkan sejarah, pada zaman dahulu Nabi Luth  tinggal di Kota Sodom yang terletak di sekitar Laut Mati.
Laut Mati terletak di antara Israel, Palestin dan Jordan. Pantai di sebelah kiri kepunyaan Israel sementara pantai di sebelah kanan kepunyaan Jordan.
Yang peliknya tentang laut ini ialah sesiapa yang berenang di laut itu tidak akan tenggelam malah akan terapung-apung di permukaannya.
Keadaan laut yang pelik ini menyebabkan ramai pelancong berkunjung ke sini.
Allah menjadikan laut itu berlainan daripada laut yang lain supaya manusia insaf dan sedar akan asal usul laut tersebut.
Pada zaman Nabi Luth, penduduk di kota itu mengamalkan homoseks atau kegiatan seks songsang antara lelaki dengan lelaki. Nabi Luth sudah puas memberi nasihat dan amaran tetapi tidak dipedulikan.
Lama kelamaan kegiatan mereka sampai ke tahap yang melampaui batas, lalu pada satu malam Nabi Luth didatangi malaikat yang berwajah tampan dan memberitahu bahawa Kota Sodom akan ditimpakan dengan azab dan bala oleh Allah SWT.
Keesokan paginya, batu-batu besar telah menghujani Kota Sodom yang mana buminya telah diterbalikkan. Semua musnah kecuali Nabi Luth, kedua orang anak perempuannya dan orang-orang beriman yang menjadi pengikutnya. Kota Sodom akhirnya tenggelam di Laut Mati. Bagaimana azab Allah itu berlaku? Bencana itu bermula dengan sebuah gempa yang dahsyat manakala tanah menjadi merekah sehingga tersembur lahar panas yang menghujani penduduk Kota Sodom sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

''Maka ketika datang azab kami, kami jadikan negeri kaum Luth itu tunggang terbalik sehingga yang di atas ke bawah, dan kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi.''
(Surah Hud ayat 82)

Dalam masa satu hari sahaja kota itu terjerumus ke dalam Laut Mati yang diikuti gempa dan petir yang dahsyat serta keluar gas serta lautan api dari perut bumi.
Di dalam laut mati itulah penduduk kaum Luth disumbatkan secara tunggang terbalik oleh Allah. Pada hari ini sesiapa sahaja masuk ke dalamnya akan timbul, ini menunjukkan betapa hinanya kaum Luth walaupun setelah beribu tahun mati mereka masih tidak boleh dicampuri oleh orang lain.


Lumpur daripada laut ini telah diambil untuk dijadikan bahan kosmetik yang dikomersialkan di pasaran.



Ini jelas menunjukkan perbuatan kaum Nabi Luth itu memang amat dicegah dan dilaknat oleh Allah sehingga bangkai mereka telah dijadikan khasiat perawatan.


Bencana dahsyat yang menimpa kaum Nabi Luth seharusnya dijadikan iktibar kepada kita semua apatah lagi negara ini pada masa sekarang tidak terlepas daripada gejala menjijikkan ini malah kumpulan homoseks ini sudah semakin membesar tidak terkecuali di IPT-IPT tempatan.

Ratu Pondan M'sia disunting warga Britian
Pertandingan Ratu Pondan M'sia - Adakah kerajaan terlepas pandang?

Semoga generasi kita dipelihara oleh Allah SWT daripada perbuatan yang dilaknat serta dilindungiNya daripada segala bala bencana yang dahsyat, amin...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free