/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Wednesday, April 27, 2011

WANGINYA MENDERMA MACAM BAU POTPOURRI

Kalau pergi TESCO tak lengkap rasanya kalau tak singgah HINODE SHOP.
Barang-barang di sini cantik-cantik belaka malah semurah $5.00 tak kira kecil atau besar.
Kekadang tak beli apa-apa sekadar mencuci mata di sini pun dah ok rasanya.
Baru-baru ni saya singgah untuk dapatkan 'refill' untuk pewangi kereta saya yang sudah kehabisan.
Saya gemarkan bau vanilla kerana aromanya menenangkan.
Hanya beberapa jenis barang yang saya beli, pewangi kereta, potpourri dan lilin yang mengeluarkan bau
wangi apabila mencair. Pada awalnya nak beli 'refill' tapi...
"Ini saja kak?" Tanya pembantu jualan.
"Ya, dik!" Jawab saya sambil mata melirik ke sebuah peti seakan tabung derma yang diletakkan di atas kaunter.
"Akak nak derma tak?" Tanyanya lagi.
"Derma untuk apa ni?
"Oh..untuk Jepun ya.." Jawab saya sendiri.
"Kedai awak ni pungut derma untuk tsunami Jepun?"
"Ya, kedai ni pun Jepun yang punya!"
Saya terkulat-kulat di tepi kaunter.Selama ni main redah saja kedai ni sampaikan boleh kata dah jadi PELANGGAN SETIALAH juga.
"Patutlah nama kedai ni macam nama Jepun!"
Saya tanpa berlengah terus mengeluarkan beberapa ringgit jumlah yang lebih kurang sama apabila saya menderma tabung-tabung anak yatim yang biasa diletakkan di kaunter bayar di restoran-restoran atau bank.
Apabila teringat kepayahan orang-orang Jepun membina semula semangat mereka untuk meneruskan hidup selepas bencana besar, saya berpendapat bahawa SAYA MAHU MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA PENYUMBANG KEPADA SEMANGAT ITU tanpa mengira negara, bangsa dan agama mereka. Tak menderma sekarangpun selama ni saya dahpun jadi pelanggan, sekurang-kurangnya dah kira membantulah kot!
Saya tak pasti adakah GANJARAN untuk tujuan ini terutamanya SAHAM AKHIRAT.








Saya berdoa semoga sikap suka menderma menjadi TABIAT kerana saya dah tercium baunya macam potpourri yang saya beli ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free