/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Saturday, April 23, 2011

INSYAALLAH LIRIKNYA MERESAP KE DALAM HATI...

Dari satu kereta ke satu kereta diredahnya sambil memegang sesuatu di tangan.
Saya hanya memerhati dari dalam kereta sementara menunggu suami mengisi minyak.
Ada juga yang menghulurkan seringgit dua dari celah tingkap kereta. Si gadis bertudung putih beredar ke kereta
yang lain pula, ada yang kelihatan agak terganggu dengan kehadiran si gadis secara tiba-tiba. Malam sudah hampir menuju ke pelabuhan, sepatutnya gadis ini sudah berada di rumah berehat bersama keluarga ( bisik hati saya ).
Tiba-tiba dia berjalan pantas menuju ke kereta kami dan menunjukkan isyarat tangan untuk bercakap. Saya terus saja membuka pintu kereta.
"Assalammualaikum kak, saya dari sekolah tahfiz sedang buat praktikal dan sekarang sedang mempromosikan CD nasyid dendangan SM AMIN untuk tujuan amal. Akak boleh beli sambil beramal, 20.00 je kak!
ha, $20.00? Berapa lagu ada dalam ni?
Semua ada 5 lagu dan...
 ha, 5 lagu $20.00? Mahalnya dik!
Sedap ke dia  ni nyanyi?
Tapi kalau akak ada niat beramal, insyaAllah liriknya akan meresap ke dalam hati..
CD MAHER ZAIN lebih murah dan lagu lebih banyak, ada 2 'track' lagi..Sedap suara dan sedap lagunya
tak payah ceritalah..( bisik hati saya lagi ).
Namun timbul rasa kasihan dalam sanubari saya apabila teringat kisah kanak-kanak sekolah tahfiz dipaksa meminta-minta di stesyen-stesyen minyak, tak dapat 'target' mereka ni tak boleh balik dan silap-silap tak ada makanan untuk mereka.
"Awak ada duit makan?
Ada kak, lebih $10.00 ustazah bagi, sekejap lagi ustazah akan jemput saya dan kawan-kawan yang lain. 
Awak dari pagi ke kat sini?
Taklah kak, dari tengah hari!
Nah, ini $25.00, yang $5.00 ni awak beli makanan ok!
Terima kasih kak, saya jual!
Ya..ya..Saya beli!"
"Ini semua kerja AL-MANSOR!" kata suami saya ambil menghidupkan enjin kereta.
Ya, saya tau tapi saya pelik perkara ni dah jadi isu tapi aktiviti mereka masih berjalan seperti biasa.Tak silap saya Rosmah isteri Najib ada ditegur bab menghabiskan duit buat aktiviti yang tak berapa penting di luar negara, alangkah bagus kalau dia bantu naikkan imej orang Islam di negara ini yang  agak sinonim dengan memungut derma di tempat-tempat terbuka seperti ini. Malu kita dengan orang-orang bukan Islam, pemimpin kita beragama Islam takkan tak boleh bantu memenuhi keperluan sekolah tahfiz.
Persoalan ni tak mampu saya jawab..Suami saya terus bungkam sambil memandu kereta menyusur jalan yang tidak rata.
"Ibu, jomlah kita dengar CD tu!"Jerit anak saya dari tempat duduk belakang. 
Sepanjang perjalanan menuju ke tempat makan, saya melayan perasaan sambil menikmati alunan SM AMIN.
Betul kata budak tu, liriknya sedikit sebanyak TELAH MERESAP KE DALAM HATI saya..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free