/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Saturday, April 23, 2011

KATA-KATA DR. FAUZI MEMBUAT HATI TERASA BERBUNGA

Perjalanan ke suatu destinasi memang membosankan kalau kelancarannya diganggu atau dihalang. Tambahan kalau destinasi itu ialah tempat untuk mendapatkan kepastian tentang suatu kemungkinan.
Johor Bahru tak kurang hebatnya dengan KL kalau sebut tentang 'traffic jam'.
Perjalanan ketika saya pergi dan balik lebih kurang serupa.


Namun perjalanan balik walaupun 'jam' gila, saya dah tak kisah lagi..'jam' seolah-olah tak ada makna lagi kepada saya kerana dalam fikiran saya tak terganggu lagi olehnya.
Hati saya tiba-tiba terasa berbunga sekembang-kembangnya macam bunga matahari atau paling tidakpun macam bunga taik ayam walaupun tak wangi macam bunga melur.

Sebelum pergi tadi saya sudah bersiap-sedia mental dan fizikal kalau-kalaulah telahan saya ini benar.
Kata-kata Dr. Fauzi tadi sangat jelas dan meyakinkan, saya bersyukur..
Ia tak seperti apa yang saya jangkakan sejak semalam.
Tentang apa itu tak perlulah saya jelaskan di sini, cuma saya ingin berkongsi perasaan 'berbunga' saya ini dengan kengkawan di sini. Rasai mendung yang semakin berarak pergi ini.

 Semasa dalam perjalanan balik kebetulan pula si Dj radio dari 
stesyen entah mana satu memainkan satu lagu lama yang membuatkan hati saya bertambah berbunga sekembang-kembangnya seolah-olah dia juga turut merasakan perasaan saya pada ketika ini.
Tontonlah video lagu yang saya maksudkan berserta liriknya ini



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free