/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Wednesday, April 20, 2011

KISAH MALAIKAT MAUT DAN TUGASNYA

Dalam kitab As-Suluk daripada Muqatil Sulaiman malaikat maut diciptakan oleh Allah SWT daripada cahaya. Dia mempunyai 70,000 kaki dan 4,000 sayap. Seluruh tubuhnya dipenuhi mata dan mulut.
Jumlah wajah, mata, tangan dan telinganya mengikut jumlah ramainya manusia.

Dia mencabut nyawa dengan tangan dan melihat dengan muka yang searah dengan manusia.
Begitulah dia mencabut nyawa manusia di serata tempat.
Jika satu jiwa meninggal dunia, maka hilanglah rupa tubuh daripada jasadnya.

Dia dikatakan berwajah empat, satu wajah di muka, satu wajah di kepala, satu wajah di punggung dan satu lagi wajah di bawah tapak kakinya.

Dia dikatakan mencabut nyawa para nabi dan para malaikat dari wajah di kepalanya.
Dia mencabut nyawa orang-orang mukmin dengan wajah di mukanya dan mencabut nyawa orang-orang kafir dengan wajah di punggungnya serta mencabut nyawa jin dengan wajah di bawah tapak kakinya.

Salah satu daripada kedua kakinya berada di jambatan jahanam dan yang lainnya berada di katil syurga.
katil malaikat maut berada di langit yang ketujuh. Ada riwayat  lain menyatakan di langit yang keempat.

Disebabkan sangat besarnya malaikat maut ini maka andaikata seluruh air lautan dan sungai-sungai dituangkan ke atas kepalanya maka tidak akan jatuh setitikpun air itu ke bumi.

Malaikat maut juga mempunyai khalifah untuk mencabut nyawa binatang ternakan dan binatang buas.
Jika Allah SWT memusnahkan semua makhluk yang terdiri daripada manusia dan lain-lain, maka akan musnahlah semua mata-mata yang ada pada tubuh malaikat maut kecuali tinggal lapan daripada makhluk iaitu  Israfil, Mikail, Jibrail, Izrail dan hamalatul Arsy.

Malaikat maut kemudian bertanya kepada Allah SWT tentang cara mencabut nyawa seseorang itu. Allah menjawab:

"Wahai malaikat maut, ilmu mencabut nyawa adalah yang asing sekali.
Tiada sesiapapun yang memahami kecuali Aku tetapi Aku akan memberitahu kedatangan waktunya kepadamu dan aku akan memberi isyarat kepadamu"


Gambar sekadar hiasan



( Sumber: Himpunan Kisah-kisah Tauladan )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free