/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Tuesday, April 19, 2011

MATI ITU PASTI

Sepanjang perjalanan ke Melaka kerana menghadiri majlis doa selamat sempena keberangkatan kakak ipar ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada Ahad lepas hati saya berdetik 2, 3 kali. Isteri Tn. Haji ni terlantar di ICU sejak Rabu lepas, belum sekalipun saya pergi melawat di HSA, JB. Maklumlah rutin harian saya pada sebelah petang memang tak menang tangan. Bab mengurus anak-anak selepas waktu kerja memang tak boleh diusik, kalau terkucil sikit nanti ada saja yang tak kena, tapi memang ada niat nak jenguk apabila mendapat tau keadaannya tak berubah. Pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di bahagian salur darah di otak GAGAL. Itu berita yang saya dengar daripada kawan-kawan yang sudah melawat isteri bekas 'BOSS' saya yang baru 2 minggu pencen.
Semasa singgah di Perhentian Simpang Renggam untuk menukar 'pampers' Adib barulah saya perasan ada 'missed call'. Kawan sekerja beritahu isteri Tn. Haji dah meninggal. INNALILLAHI WAINNA ILAIHIRAJI'UN! Macam tak percaya..Baru sekejap tadi berangan-angan nak menziarah tapi tak sempat nampaknya. Allah tak tunggu sesaatpun untuk mengembalikan hamba-Nya. Allah tak tunggupun saya nak pergi menziarah. Memang saya terkilan tapi saya berasa sedikit tenang apabila menyedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Saya ulang-ulang baca 3x. Tak perasaan air mata saya tergenang apabila memikirkan bila pula GILIRAN saya. Kadang-kadang saya berasa kematian tu semakin HAMPIR. Apabila membuka mata keesokan harinya saya mengucapkan syukur, Allah beri saya PELUANG 1 hari lagi untuk memperbaiki diri, cari PAHALA, tambah lagi..kalau larat. Urus anak-anakpun pahala dah banyak (detik hati saya).
.
Ya Allah, LAYAKKAH saya? Layakkah saya menjadi sebahagian daripada penghuni SYURGAMU?.
Apabila memikirkan layak atau tak layak ni saya tiba-tiba jadi TERKEDU...Cepatnya masa berlalu sedangkan MATI ITU PASTI!



1 comment:

  1. a'alaikum..
    sejak akhir2 ni sy slalu teringatkan mati..apa maknanya ye??

    ops lagi satu, sy nak tau mcmna ye nak buat cursor kalimah Allah tu??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free