/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Wednesday, April 27, 2011

PERBEZAAN SAKARATUL MAUT ORANG KAFIR DENGAN ORANG MUKMIN-SUATU INSPIRASI...

Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Jika sakaratul maut mendatangi seorang mukmin oleh malaikat, dia membawa sutera yang mengandungi kasturi dan tangkai-tangkai bunga, lalu mencabut rohnya seperti mengambil sehelai rambut dari dalam adunan sambil berkata:
"Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan redha. Kembalilah kepada rahmat dan keredhaan Allah.
Maka jika telah keluar rohnya, kemudian diletakkannya di atas kasturi dan bunga-bunga tadi lalu dilipat dengan sutera dan dibawa ke illiyyin.

Jika diletakkan orang mukmin itu di kubur pula, maka kuburnya diperluas sehingga 70 hasta dan ditaburkan bunga-bunga dan dihamparkan sutera. Jikalau dia hafal sediki tayat dari Quran, maka ini cukup untuk menerangi kuburnya tetapi jika tidak maka Allah memberinya nur cahaya yang menyerupai matahari. Manakala di dalam kubur dia seperti pengantin baru, tidak ada sesiapa yang berani membangunkannya seolah-olah apabila dia bangun daripada  tidur dia belum berasa puas bagaikan masih kurang masa tidurrnya.

Manakala orang kafir semasa sakaratul mautnya didatangi malaikat dengan membawa kain bulu yang mengandungi api. Dicabutnya roh orang itu dengan kekerasan sambil berkata:
"Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Tuhanmu ke tempat yang rendah lagi hina siksa-Nya"
Apabila roh itu telah keluar, lalu diletakkan di atas api dan mengeluarkan suara seperti sesuatu yang mendidih dan akhirnya dilipat dan dibawa ke sijjin.

Di dalam kubur pula, orang kafir dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk ke dalam perutnya, lalu dia didatangi ular segemuk leher unta yang makan dagingnya sehingga habis.
Malaikat maut yang datang menyiksa ialah malaikat yang buta dan bisu dengan membawa besi pemukul.
malaikat ini tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak timbul belas kasihan dalam dirinya. Siksaan ini dilakukan oleh malaikat setiap pagi dan petang. 

Semoga kita mendapat inspirasi daripada entri ini.



sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free