/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Friday, April 29, 2011

RAKAMAN SUARA SEKSAAN KUBUR

Sejak remaja saya telah mendengar berita ini daripada seorang rakan sekerja yang jauh lebih dewasa daripada saya dan dia seorang Kristian yang taat. Dia percaya ini bukan sesuatu yang karut. Kalau dia percaya kenapa tidak saya. Pada saya atas kekuasaan Allah tidak mustahil kejadian ini boleh berlaku.
Saya juga suka mengulang-ulang cerita perkara ini kepada anak-anak saya jika berkelapangan supaya mereka sedar untuk apa mereka diwujudkan ke dunia ini. Begini kisahnya:


Sebuah akhbar ternama dari Finland iaitu Ammenusastia melaporkan, seorang saintis bernama Dr. Azzacove bersama pasukan penyelidikannya telah ditugaskan untuk mengesan perubahan pergerakan bumi setelah kejadian gempa bumi kerap berlaku.


Dengan menggunakan alat Super Sensitive Microphone, diturunkan alat itu melalui gerudi khusus untuk mengesan segala pergerakan di dalam bumi.
"Setelah alat itu dimasukkan ke dalam perut bumi sedalam-dalamnya, kami bukannya mendengar pergerakan bumi tetapi SUARA-SUARA ORANG YANG SEDANG MENJERIT seolah-olah sedang kesakitan. Pada mulanya kami sangka suara itu datang daripada peralatan lain tetapi setelah kami amati kami dapati suara daripada ramai manusia yang sedang menjerit itu datangnya daripada alat itu. Kemudian alat gerudi itu berputar-putar secara liar sehingga tidak dapat dikawal yang menunjukkan alat ini telah masuk ke satu ruang kosong. Suhu alat pengesan menunjukkan kenaikan mendadak 2,000 darjah Fahrenheit.
Kami sempat merakam bunyi jeritan suara manusia-manusia yang menjerit dalam kesakitan seperti sedang diseksa itu"....Rakaman suara dan berita ini pernah disiarkan di BBC London pada suatu masa dulu.


Benarkah neraka itu berada di bumi?
Athiyyah ibn Abbas meriwayatkan dan berkata:
"Syurga terletak di langit yang ke tujuh. Allah menjadikannya dan menempatkannya pada hari kiamat sesuai mengikut kehendakNya, sedangkan Neraka Jahanam itu berada di lapisan bumi ke tujuh."

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim. Al Imam Ahmad telah banyak mentafsirkan ayat Al-Quran antaranya ialah firman Allah Taala, "Dan apabila lautan dipanaskan  ," maksudnya ialah beberapa lapisan neraka. Serta ayat, "dan laut yang di dalam tanahnya ada api." maksudnya ialah Neraka Jahanam. Ini menunjukkan bahawa neraka memang berada di bumi.


 Ibn Abi Al Dunya ada menyebut daripada riwayat Al Abbas ibn Yazid Al Bahraniy, katanya:
"Aku mendengar Al Walid ibn Hisyam menyampaikan sebuah riwayat. Kemudian aku bertanya kepada Al Walid, "Kamu dapat riwayat itu daripada siapa?" Al Walid menjawab, "daripada seorang lelaki ahli kitab yang memeluk agama Islam. Kemudian dia menjadi baik dan taat dalam Islam. Ahli kitab itu berkata, "Ketika ikan paus menelan Nabi Yunus, ikan paus itu mengelilingi tujuh lautan. Ketika sampai pada pusingan akhir, ikan itu berhenti di dasar lautan yang di bawahnya terdapat Neraka Jahanam lantas Nabi Yunus mendengarnya dari perut ikan paus."





Saksikan video yang dikatakan itu dan terserah kepada anda untuk membuat penilaian:


Sama ada ini benar atau rakaman palsu, pada saya SYURGA dan NERAKA adalah JANJI ALLAH TAALA yang banyak sekali diulang-ulang dalam AL QURAN. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...