/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Thursday, April 7, 2011

SETABAH Itukah Aku Jika Di Tempat Dia

Dulu kenal dia sebagai si isteri cuma, namun bukan isteri biasa-biasa. Dia ada ' degree ' dalam bidang   Opthalmology tak silap aku ( malam ni mulut aku gatal nak guna ' aku ' lah pulak..Tak macam selalu guna saya.

Selain sebagai seorang doktor mata, aku betulkan semula..Pakar mata sebenarnya, dia juga seorang isteri orang penting yang dulu pernah duduk sebagai orang  no. 2 dalam kabinet Malaya. Orang tak berapa peduli sangat dengan dia ni dulu. Tapi aku kagumlah juga dengan dia ni sebabnya dia pernah menjadi ' Top Student ' di UK tempat dia belajar dalam bidang bukan biasa-biasa tapi bidang SAKIT PUAN sehinggalah menamatkan pengajian dalam OPTHALMOLOGY.

Nak dijadikan cerita dan sebab, tup..tup..suaminya kena letak jawatan, lepas tu kena penjara lagi. Kecoh..memang kecoh pada masa tu. Seingat aku semasa peristiwa tu berlaku, aku dan famili duduk di Melaka. Ramai yang kena tangkap sebab berdemo di jalan-jalan kerana tak puas hati dan tak setuju suami perempuan ni diperlakukan sebegitu. Kena pukul, kena belasah tak usah cakap, semua sudah dirasa. Ramai rakan sekerja aku pada masa tu terasa bahangnya..terasa panasnya..ramai yang marah tak kurang yang senyum sinis.

Tak silap aku si isteri ni tadi selepas suaminya ditangkap atas tuduhan rasuah, si isteri terus bergegas ke rumah Perdana Menteri pada masa itu yang juga bergelar seorang doktor tapi bukan doktor pakar. Sesampainya di rumah ( kediaman rasmi ) pak menteri tadi, si isteri terus menangis sambil memandang ke wajah si isteri pak menteri itu tadi yang juga seorang doktor. Fuh! Hebat betul cerita doktor-doktor ni ya. Si isteri pak menteri tadi hanya terkedu memandang si isteri yang satu lagi tu menangis tanpa berkata tanpa memujuk. Tak taulah
aku sama ada dia turut bersimpati dengan nasib orang no. 2 tu di tangan suaminya sendiri.

Huh!..Itu cerita lama. Sudah bertahun berlalu. Sekarang dia tidak menangis lagi. Dia sungguh setia, masih berdiri di sisi suami sejak suami dibebaskan atas sebab tidak bersalah. Tak bersalahpun kena juga 9 tahun penjara. Si isteri sekarang ini bukan lagi isteri semata-mata, dia bangkit sehingga terjebak dalam politik, siap bertanding sehingga akhirnya menyerahkan kerusi yang didudukinya kepada suaminya yang sekarang KETUA PEMBANGKANG paling berpengaruh. Semua kenal!

Macam-macam usaha dibuat nak jatuhkan si suami, kebanyakannya yang buruk-buruk dan teruk-teruk sehingga yang paling baru dan KOTOR iaitu video seks yang dirakam oleh orang tertentu. Sebagai isteri sudah semestinya seram-sejuk dibuatnya kalau dapat berita macam ni. Aku tak tau kalau isteri-isteri lain di dunia ni mau percaya atau tidak suaminya yang buat. Namun si isteri yang satu ni tetap berdiri di sisi suami sejak dulu lagi TANPA GOYAH. Itu yang aku KAGUM dengan si isteri yang satu ini. Aku tak nampakpun dia menitiskan air mata malah dia kelihatan semakin TEGUH menyokong suaminya. Satu ayat POWER yang diucapkan oleh si isteri ni baru-baru ni yang menggambarkan siapa dirinya:

" Saya tidak pernah membenarkan rasa sesal hadir di dada ini "
                                                                                                                                          
Maksudnya lebih kurang begini, dia tak pernah menyesal bersuamikan si lelaki ini. Difahamkan si suami sering menjadi pemimpin dalam sembahyang berjemaah bersama famili. sudah tentunya orang-orang yang lebih rapat dengan lelaki ini lebih mengenalinya dan lebih mengetahui berbanding orang lain. Si isteri malah
memberi kata-kata perangsang untuk suami  terus berjuang sehingga PUTERA JAYA  dapat DITAWAN kerana si suami DIYAKINI mampu menghadapi segala rintangan. Aku? Semoga aku SETABAH dia, sebagai isteri dan sebagai ibu.



Si aku ni tak ada kena- mengena dengan PARTI KEADILAN jauh sekali menjadi ahli, aku hanya seorang pemerhati biasa yang kekadang teringin nak mengomel.                                                                             

1 comment:

  1. Saya tak mahu menyentuh hal ini dari sudut politik.. bimbang hati kita masing2 tidak sabar.. tp memang tempat seorang isteri di pihak suami.. begitu juga kisah isteri pak menteri tu.. tempatnye juga di pihak suami.. dia juga sentiasa di sisi suami.. sakitnya pak menteri, di sisi suami.. tiba saat suaminya berada dalam kekalutan, saya lihat isteri pak menteri itu juga di sisi suaminya.. dari dulu sehingga kini dia juga trutu bersama suaminya..

    kita tidak sedar tangan lembut itulah yang menyemarakkan semangat suami untuk berjuang.. lihatlah perjuangan pak menteri itu td pada negara.. kalau tidak pada semangat si isteri juga.. bila setiap usahanya ditentang kerasa oleh pihak lain.. sudah pasti si isteri menyokong dari belakang..

    saya sentiasa mengagumi wanita.. walaupun isteri pak menteri tadi hanya memandang.. apatah tidak memujuk.. saya rasa tempatnya bersama suami adalah betul.. dan mungkin anda rasa isteri setabah idola anda itu isteri yg baik.. yer, saya hormati pandangan anda..

    anda wanita..
    sudah pasti anda faham apa yang saya ingin sampaikan.. adakala, perjuangan seorang isteri itu kita tidak nampak.. tp saya sentiasa terharu dengan pak menteri.. kerana pak menteri itu sentiasa menghargai isterinya.. saya sentiasa dpt melihat bagaimana pak menteri itu melayan isterinya dengan baik.. dan semua itu menjadikan si isteri bertambah setia dengan pak menteri..

    adakala kita nampak seseorang itu tabah.. tp di dalamnya hanya tuhan yang tahu..
    adakala kita tidak nampak pun ketabahan seseorang isteri itu.. kerana pandangan mata kita terhad.. namun allah sentiasa tahu..

    semoga isteri2 pemimpin kita akan membantu membawa kepada kemajuan negara.. bukan menyumbang kepada kehancuran negara.. bukan kepada kekalutan dan persoalan negara yang tidak berkesudahan..

    maafkan sya kalau kita sependapat.. tp silaturrahim itu adalah kepentingan agama kan? semoga kita sentiasa berbaik2 sahaja k?

    assalammualaikum wbt

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...