/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Saturday, April 9, 2011

SELEPAS DI JEPUN ALLAH MARAH LAGI DI GERMAN

Kesan tsunami yang melanda Jepun belum pulih lagi. Kesan radiasi daripada loji nuklear akibat tsunami kini semakin menghantui seluruh dunia. Jepun hanya mampu meminta maaf akibat ancaman nuklearnya dan kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar kesan dahsyat tu tak sampai ke sini.


Kali ini Allah tunjuk lagi KEKUASAANNYA dan sudah pasti tak ada sesiapa boleh menghalang-NYA. German dilanda ribut pasir. Sesuatu yang PELIK berlaku di sini. Ribut melanda di tengah-tengah kawasan bandar bukan di padang pasir seperti yang berlaku di Arab Saudi baru-baru ini. Saya percaya selepas ini sudah semestinya satu kajian akan dibuat oleh para saintis untuk menyiasat punca kejadian. Namun kita sebagai hamba-Nya yang Muslim tidak boleh menolak kepada KETENTUAN Allah malah  hasil kajian para saintis sepatutnya menjadikan kita hamba yang lebih taat.







Semoga adik saya Zulkhairi di Frankfurt dalam keadaan baik-baik saja dan semoga Allah sentiasa melindunginya..Amin!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free