/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Tuesday, April 5, 2011

BOLEHKAH MENGAHWINI PELACUR ?

Islam menggalakkan agar kita memilih calon isteri yang baik. Di sini ada dua keadaan, pertama sekiranya pelacur itu tidak bertaubat lagi. Kedua sekiranya pelacur itu sudah bertaubat. Hukumnya adalah HARAM seorang lelaki berkahwin dengan pelacur. Dalilnya adalah firman ALLAH SWT, yang bermaksud:
       " Penzina lelaki tidak bernikah melainkan penzina perempuan dan penzina perempuan tidak bernikah melainkan dengan penzina lelaki; dan penzina lelaki dan perempuan adalah diharamkan bagi orang-orang beriman." ( Surah An-Nur: 3 )
Maksud kepada penzina adalah pelacur berdasarkan sebab turunnya ayat Al-Quran ini. Sesungguhnya Marthad bin Abi Marthad mempunyai teman wanita seorang pelacur bernama Anaq. Lalu dia berjumpa RASULULLAH SAW dan bertanya " Bolehkah aku berkahwin dengan Anaq? " Maka RASULULLAH SAW hanya berdiam diri. Lalu turunlah ayat ini ( Surah An-Nur: 3 ). Maka baginda memanggil aku dan membacakan ayat ini serta berkata: maksudnya, " Janganlah kamu menikahi dia" ( Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmisi dan Nasaai )
      Dalam Islam MENGHARUSKAN seorang lelaki Muslim berkahwin dengan AHLI KITAB dengan syarat hendaklah wanita yang terpelihara daripada zina. ALLAH SWT menyebut, maksudnya: " Perempuan ahli kitab yang memelihara diri daripada maksiat yang bukannya perempuan pelacur dan juga bukan yang mempunyai teman sosial untuk berzina  secara rahsia " ( Surah Al-Maidah: 5 )
      Dr Yusuf Qardawi berkata: " Maka sebab diharamkan berkahwin dengan perempuan pelacur  kerana mereka adalah KEJI dan KOTOR, sedangkan ALLAH menjadikan perkahwinan itu bagi mewujudkan MAWADDAH dan KASIH SAYANG.Mawaddah ialah cinta yang suci. Oleh itu bagaimana pula perempuan yang keji dicintai dengan penuh kesucian oleh lelaki yang baik yang menjadi suaminya?"
      Firman ALLAH, bermaksud: " Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik "
( Surah An-Nur: 26 ). Pelacur  yang sudah benar-benar bertaubat maka dia dianggap perempuan yang terpelihara. Sedangkan orang yang kafir pun dianggap saudara kepada orang Islam setelah dia bertaubat dengan masuk Islam. Firman ALLAH, maksudnya: " Maka sekiranya orang-orang kafir bertaubat dengan masuk Islam, mendirikan solat dan menunaikan zakat maka mereka adalah saudara-saudara kamu seIslam. (Surah At-Taubah: 11 ). Malahan RASULULLAH SAW pernah berkata tentang wanita dari Juhainah yang telah hamil kerana berzina, maksudnya: Sesungguhnya dia telah bertaubat sebenar-benar taubat yang mana kalau dibahagi-bahagikan taubatnya kepada tujuh puluh penduduk Madinah, nescaya mencukupi taubat wanita itu untuk semua mereka." ( Hadis Riwayat Muslim )


( Sumber: Daiges Islamic )


                                                                                  





























1 comment:

  1. Hello my friend, happy Wednesday with happiness and peace. KALHMERA. Follow me too. http://fotisbazakas.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...