/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Thursday, April 14, 2011

Menyusahkan..Melecehkan..Menyakitkan Hati..


Memang kalau tiba hari Khamis saja sayalah orangnya yang selalu pening kepala memikir BATIK apa lagi nak dipakai ke tempat kerja, balik-balik yang tu. Koleksi batik saya ni taklah banyak mana tulah sebabnya pening bila tiba nak 'rotate'. Batik sutera jenis gosok-gosok tak licin, gosok-gosok tak licin ni memang menguji kesabaran saya. Ada kengkawan ajar supaya balut baju sutera ni dalam plastik dan letak semalaman dalam peti ais, gerenti licin bila digosok dengan sterika. Fulamak! Punyalah leceh..Dahlah harganya mahal, nak jaganya pun payah. Bukan tu saja, kalau tersangkut di mana-mana meja yang berstepler sana-sini alamatlah tercarik dan terkoyak di mana-mana, masa tu marahkan meja dan orang yang guna stepler bila pasang 'skirting'.
Hari ni dalam berasa dilecehkan oleh baju sutera saya ni, saya terkena lagi. Kali ni tercarik di sebelah pesak kanan, maklumlah suterakan lembut makanya sikit-sikit carik, bukan ke tu menyusahkan? Tapi disebabkan dah menjadi peraturan untuk kakitangan gomen kena pakai baju batik setiap Khamis, saya nak kata apa, nanti ada yang tolong bagi 'statement': 'tak suka dengan peraturan pergi kerja di tempat lain', PAYAH!
Namun satu yang membuat saya tersedar dan tidak pernah menafikan walaupun berasa terbeban memakainya ialah dalam cuaca yang terik dan membahang sejak akhir-akhir ni, sutera batik saya ni memberi jasalah juga. Saya rasa 'cool' walaupun suhu selepas pukul 9 pagi naik beberapa darjah.
Petang tadi saya mencuri-curi peluang yang selalunya terhad ni untuk menjenguk kengkawan punya blog dan terjumpalah satu blog yang mempromosi kain sutera batik Ganu, cantik bermotifkan bunga dan regenya pun cantik beb! Tunggu dululah sampai regenya turun, barulah saya 'grap'! Nampaknya minggu depan saya ulang pakai baju batik yang sama kot! Siapa perasaan tu biaq pi la kan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free