/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Wednesday, April 13, 2011

Solehah Itu Marsyanda, Marsyanda Itu Solehah

Sekitar awal 2008 saya ada banyak masa di rumah kerana masalah kesihatan. Sejak itulah saya mula mengikuti drama-drama Indonesia dan baru itulah saya mengenali pemain watak SOLEHAH yang beratus-ratus episod tu. Tak sabar untuk menyaksikan akhiran cerita dan rasa tak sanggup menunggu berpuluh-puluh lagi episodnya, namun disebabkan 'boring' sendirian di rumah terutama pada sebelah petang saya teruskan juga sehingga tamat. Drama Solehah membuatkan saya terus setia.
Apa yang membuat saya tertarik dengan drama ini ialah pelakonnya MARSYANDA yang dah semestinya cantik, petah dan sangat berbakat.
Kemudian selepas tamat drama ini bersilih ganti pula drama-drama lain yang membawakan pelakon-pelakon handalan Indonesia yang lain seperti Agnes Monica dan lain-lain yang tak dapat diingat namanya, namun saya tak begitu terpikat dan malas untuk terus menonton dengan setia kerana pada pendapat saya semuanya tak sama dengan lakonan Marsyanda.
Baru-baru ini saya terbaca kisah tahun lepas pelakon ini mulai memakai tudung dan gaun panjang yang menyerlahkan keanggunannya, saya mengucapkan syukur kerana dia terbuka hati untuk bertudung. Apa yang menarik perhatian saya ialah PUNCA yang menggerakkan hatinya untuk menutup aurat.
Marsyanda sering berasa takut setiap kali mahu melelapkan mata kerana sering bermimpi HARI KIAMAT.
Bermula dari situ dia membuat keputusan BERHIJRAH. Bukan setakat berhijrah dalam penampilan diri malah
Marsyanda juga menetapkan sendiri watak yang boleh dimainkannya dalam lakonan agar tak melanggar batas-batas WANITA MUSLIM.
Ramai artis Indonesia yang dah bertudung begitu juga dengan artis Malaysia tetapi ramai juga yang tak bertahan lama, sekejap tutup sekejap buka kerana NIAT masing-masing mungkin pada awalnya hanya setakat nak ikut-ikut maklumlah ada banyak fesyen tudung yang menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita, namun saya berharap sangat Marsyanda dan yang lain juga tetap teguh kepada pendirian diri kerana bukan sedikit ganjaran yang ALLAH SWT janjikan kepada muslimah yang sentiasa menjaga kehormatan diri dan semoga langkah-langkah mereka ini menjadi ikutan anak-anak gadis kita menjadi wanita solehah.


Dahulu
Sekarang






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free