/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Saturday, April 2, 2011

GEMPA KERANA MELANGGAR PERINTAH ALLAH

    Aku tak nak sembahyang kerana aku tak nak hipokrit. Buat apa sembahyang kalau hati tak ikhlas, buat apa sembahyang kalau tujuannya untuk menunjuk-nunjuk dan nak dapat perhatian.

     Aku tak pakai tudung sebab aku tak nak hipokrit, ada orang pakai saja tudung tapi bentuk badan dan buah dadapun terjojol juga. Ustazah yang pakai tudung labuhpun kantoi ada video seks dengan warden. Pirahh!

     Ok apa aku langgan pelacur, memang aku dah ada nafsu nak kahwin tapi tak da jodoh lagi. Bukannya aku rogol budak sekolah dalam van yang aku bawapun, Aku ada duit aku bayar le, salah ke...

     Kebelakangan ini ramai bagi alasan tak nak hipokrit dan bagi contoh tak elok seolah-olah apa yang dia buat tu semuanya betul. Kita ni selaku Islam, orang yang pegang lima rukun Islam, percaya enam rukun iman tak boleh beri alasan tak nak hipokrit.

     Tak solat? Apa salahnya solat dan didik hati untuk tidak menunjuk-nunjuk. Memang ada orang solat untuk menunjuk, tapi ramai yang solat kerana patuh pada tuntutan agama dan ini adalah satu hubungan terus antara kita dan pencipta kita.

    Tak pakai tudung? Silalah pakai tudung, jangan bagi nampak bentuk badan dan bentuk payu dara sampai terjojol. Dalam Islam dah jelas tutup aurat itu wajib! Kenapa nak bandingkan ustazah tubung labuhpun ada skandal seks. Mungkin betul ada yang tak pakai tudung tu lebih baik daripada ustazah tu sebab kau tak ada skandal seks. Tapi hakikatnya bukankah lebih baik bertudung dan tiada skandal seks. Bertudung dan mengikut perintah Allah tak ada kena mengena dengan manusia hipokrit kerana itu adalah hukum.

    Langgan pelacur? Apabila nak cari teman hidup tu mesti ada caranya. Tidak perlu sampai langgan pelacur. Islam telah menjelaskan bahawa berkahwin itu memenuhi keperluan nafsu kita. kalau tak mampu kahwin berpuasa dan menjaga pandangan. Ada banyak cara, ada banyak jalan, jangan beri alasan. Ramai takut AIDS, sampai pakai kondom berlapis-lapis? Itu belum lagi takut kena serbu dengan pencegah maksiat. Jadi fikir baik-baik, balasan dunia bolehlah elak-elak, balasan di sana, tak boleh cerita apa, tak ada pengampunan, KENA BAKARLAH JAWABNYA.

     Semua ini peringatan untuk kita yang BERAGAMA ISLAM. Jangan sampai didatangkan gempa bumi di MALAYSIA. Beringat-ingat sebelum kena, tahu memang ramai macam Maria  ozawa ratu seks bebas Jepun tu, tapi Allah masih sayangkan kita. Gempa JANGAN beralih ke Malaysia, INGAT SEBELUM KENA!




4 comments:

  1. Kekuatan iman sahaja dapat melindungi kita dari kancah maksiat.


    Hotel ayam

    ReplyDelete
  2. Dunia dah akhir zaman....

    BW ke posting : Bukittinggi

    Orang Johor jugak...

    ReplyDelete
  3. Semoga entri ni mampu memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada mereka....

    My latest entry....
    Pegawai kastam Rasuah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free