/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Thursday, March 31, 2011

Lihat Gambar Tersayang Boleh Kurangkan Rasa Sakit?

Betul ke ni?
Jom baca ni. Dengan melihat dan merenung gambar orang tersayang sama ada kekasih, suami atau isteri, anak-anak atau binatang kesayangan seperti kucing siam boleh mengurangkan rasa sakit. Bukan gurauan ni!
Ini telah dibuktikan oleh para penyelidik Universiti Stanford dengan menjalankan beberapa kajian saintifik

Perasaan yang hadir semasa kita melihat gambar orang tersayang sebenarnya merangsang rasa selesa dan menurunkan kadar kesakitan yang dialami. Konsep meditasi juga menggunakan terapi ini.

Patutlah semasa tengok gambar anak-anak terutama gambar si bongsu saya Adib saya rasa sejuk hati, lega dan tenang walaupun kepala sedang berserabut maklumlah semua kerja ada 'tarikh akhir'. Kalau tak percaya cuba tengok gambar Adib ni, jangan gelak dah...


Kembang-kempis menahan nafas... takut jatuh topi keledar pinjam.. kalau jatuh dia marah dan merajuk
                                                                          

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free