/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Wednesday, March 30, 2011

PEROKOK PASIF Paling Rugi...Rugi dan Rugi !!

Duduk berdekatan dengan orang yang sedang menghisap rokok memang sangat membahayakan. Ini kerana asap rokok yang disedut oleh perokok pasif memberi impak dan risiko kesihatan yang jauh lebih besar. 85% daripada asap rokok yang disedut adalah asap sampingan ( sidestream smoke ) daripada hujung rokok yang membara ( yang tidak ditapis ). Asap inilah yang menjadi ancaman maut kerana mengandungi 50 kali jumlah BAHAN KIMIA penyebab KANSER yang dihisap PEROKOK AKTIF.
World bank menyatakan, dengan pola merokok sebegini, dianggarkan 500 juta orang akan KEHILANGAN NYAWA disebabkan oleh penggunaan tembakau.

PEROKOK PASIF? Rasanya baru nilah saya dengar perkataan ni. Emm..lama berfikir barulah saya faham.
Rupa-rupanya PEROKOK PASIF ni sama maksudnya dengan ' SECONDARY SMOKER ' seperti yang kita selalu dengar tulah..Rasanya sudah lama saya ni menjadi perokok pasif, tak suka tapi TERPAKSA menerimanya kerana kita ni berkongsi udara yang sama dengan perokok. Tapi TETAP TAK REDHA sebab di samping menjejaskan kesihatan habit ini juga membazirkan duit malah menjejaskan pula kesihatan orang lain. Makanya perokok aktif memang tak sayang diri dan orang di sekelilingnya, betulkan? Jadi kalau tak nak digelar selfish berhentilah merokok! Jangan nanti..nanti..Berhentilah SEKARANG!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free