/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Saturday, March 26, 2011

Perkara Ketiga...sambungan post terdahulu

Makan masa agak lama nak sambung semula perkara ketiga yang berkaitan dengan post terdahulu. Sibuk memanjang sebagai pendidik di sekolah dan pengasuh di rumah. Hmmm...bukan perkara mudah tu tapi ini tidak menghalang sama sekali saya berblog. Tak dapat berblog setiap hari, dapat seminggu sekalipun sudah memadai, betul tak?

Baru dua tahun usianya, baru dua tahun keluar dari rahim saya ni, ya baru lagi..tapi si Adib anak bongsu saya ni selalu menunjukkan tingkah laku yang jauh daripada usianya. Petah memang petah, manjapun memang manja tapi ada satu yang mengejutkan saya sebaik sahaja selesai mengambil wuduk untuk solat maghrib. Masa tu dia baring sambil bersilang kaki. Di tangan sebelah kanannya tak silap saya memegang sebatang pensel warna yang baru saya beli untuk dia menconteng-conteng asalkan tidak diganggunya alat tulis abang-abang dan kakaknya.

Sambil bersilang kaki dia meletakkan pensel warna tadi di celah bibir mungilnya dan sambil tersenyum dia menggayakan lagak seorang yang sedang menghisap rokok. Ini yang membuat saya tak keruan. Saya jerit namanya dan bertanya apa yang sedang dibuatnya. Adib hanya tersenyum dan terus menggayakannya lagi.
Saya kecewa dan sedih tapi saya tak salahkan dia. Budak tak berakal, tak faham perbuatan orang dewasa.
Orang dewasalah yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini. Yang peliknya kenapa ada orang dewasa tak prihatin dalam hal ini? Perbuatan mereka menjadi ikutan! Kesian Adib, kecil-kecil lagi sudah didedahkan dengan perkara-perkara seperti ini.

Saya harus bertindak sebelum terlambat. Di peringkat ini saya hanya boleh memberitahunya bahawa perbuatan menghisap rokok tak bagus kerana menjejaskan kesihatan diri malah mengganggu keselesaan orang di sekeliling. Tak tahulah saya dia faham atau tak buat masa ni. Di samping itu saya akan berhubung dengan pengasuhnya dan pakcik-pakciknya yang kaki merokok untuk memberitahu pendirian saya dalam hal ini. TIDAK BOLEH TIDAK!











                                                                    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free