/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Tuesday, March 22, 2011

Tersentak Malah Hampir Terkeluar Isi Perut Kerana 3 Perkara

Ya..3 perkara ini berlegar-legar dalam kepala aku ni ( sejak akhir-akhir ni saya kerap membahasakan diri sebagai 'aku' kerana berasa seperti bermonolog sendiri dalam blog sendiri yang kebiasaannya sunyi sepi ). Berasa lega sebenarnya apabila dapat meluahkan rasa meskipun tak ada siapa yang tahu mungkin!
Perkara pertama yang membuat aku tersentak bercampur marah dan geram tak lain tak bukan apabila mendengar berita LIBYA DISERANG TENTERA US, BRITIAN dan PERANCIS. Selama ni aku sangat berharap kumpulan pemprotes terhadap si diktator Gaddafi dapat terus bertahan dan bertahan sehingga tersungkurnya si diktator yang gila kuasa tu namun dengan meminta bantuan tentera asing masuk campur dalam menangani krisis dalam negara sendiri memang di luar jangkaan aku. 
Pada pendapat aku dengan meminta bantuan kuasa asing dalam menangani krisis dalam negara sendiri adalah merupakan satu permulaan kepada penjajahan kuasa asing di negara Islam. Aku sebenarnya ragu-ragu pasal hal ni. Adakah benar pemprotes yang meminta bantuan asing atau si Gaddafi yang bersandiwara di hadapan rakyatnya? Mmmm...Habislah lepas ni jadi macam Iraq, pemergiaan Saddam Hussin tidakpun menjadikan Iraq lebih baik.  EMAS HITAM akan jatuh ke tangan asing selepas ini, modus operandinya sama saja. Rakyat kebanyakan yang terus menjadi mangsa.



Perkara kedua..Tersiarnya berita tentang video seks yang dikatakan Anwar sebagai pelakunya. Aku dengar Anwar sudah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi menuntut supaya perkara ini disiasat hingga ke akar umbi kerana ini dikatakan sebagai FITNAH untuk menjatuhkannya sekaligus menghancurkan karier politiknya.

Hmm..Satu lagi bentuk konspirasi dengan cara memfitnah? Ini betul-betul kerja Yahudi. Aku rasa berani kerana benar, takut kerana salah! Ramai orang yang berasa diri difitnah tetapi tak ramai berani membuat laporan polis kenapa? Polis akan melakukan siasatan berdasarkan laporan. Siasat punya siasat akhirnya bertemu jawapan, kalau jawapannya tidak berpihak kepada si pelapor bukan ke malu dibuatnya? Oleh sebab itu tak ramai yang seberani Anwar. Di sini aku nampak Anwar berani bertindak sebegini kerana berasa diri difitnah sedangkan ada pemimpin lain yang berasa diri difitnah hanya berani menidakkan di tv dan akhbar, tak buat laporan polispun walaupun sudah menjadi buah mulut orang ramai sehingga menjatuhkan imej.

Teringat kata-kata Anwar yang dijadikan semacam 'tagline' di blog-blog penyokongnya:

" Kalau takut dengan risiko, jangan cakap soal perjuangan"                                 

Inilah risiko yang sedang dihadapi Anwar dan aku suka untuk terus mengikuti perkembangan ini sehingga KEBENARAN dan KEADILAN dapat ditegakkan di bumi Malaya yang tercinta ini. Satu sikap terpuji yang aku boleh pelajari daripada kejadian ini ialah terus bertahan, sabar dan redha akan ujian Allah walaupun ujian itu hampir membuat aku tersungkur!



Perkara ketiga...( nantilah sambung! )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free