/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Thursday, March 17, 2011

Tentang Tsunami Sebagai Ibarat Kiamat Kecil

" Padan muka kena tsunami..!" 
" Kenapa cakap macam tu?'
" Orang Jepun ni jahat, diaorang sudah bunuh nenek moyang aku..!"
Aku tiba-tiba terkedu dibuatnya. Memang betul orang Jepun sudah bunuh nenek moyang kita tapi itu dulu. Zaman itu sudah lama berlalu, aku dan dia belum lahir lagi masa tu. Orang Jepun pada zaman ini sudah berubah malah kebanyakan mereka amat benci kemusnahan dan kerosakan akibat peperangan. Pokoknya mereka BENCI PEPERANGAN. Kenapa aku kata begitu? Ini kerana pada masa Jepun menghantar tenteranya menyertai USA dan UK ke Iraq suatu masa dulu bukan main rakyatnya membantah dan menunjuk perasaan sehingga memaksa kerajaan Jepun menarik balik bala tenteranya keluar. Pada pendapat aku orang-orang Jepun sudah menerima akibatnya semasa Perang Dunia Kedua dulu. Sampai ke anak cucu terasa sakitnya. Yang aku nampak orang-orang Jepun sangat kuat pendiriannya dan tinggi semangat juangnya apa lagi untuk membangun dan terus membina impian negaranya. Namun bencana tsunami baru-baru ini sedikit sebanyak telah meranapkan sebahagian daripada IMPIAN RAKYAT JEPUN. 
Saksikan rakaman video di bawah ini yang saya ambil daripada youtube. Sangat dahsyat dan saya rasa anda semua bersetuju kalau saya ibaratkannya sebagai KIAMAT KECIL.


Semuanya  ini adalah satu ujian besar bagi rakyat Jepun. Penduduk Jepun pun ada orang Islam. Setiap tahun ada saja orang-orang Jepun yang memeluk agama Islam macam di negara-negara lain juga. Namun simpati saya bukan pada yang beragama Islam sahaja, semua manusia di muka bumi ini adalah makhluk Allah. Semua agamapun mengakui akan kekuasaan Allah dan tiada siapa yang dapat menghalang jika Dia mengkehendaki sesuatu itu berlaku.
" Dan pada saat itulah diuji
orang-orang yang beriman,
dan digoncangkan perasaan dan
pendiriannya dengan goncangan
yang amat dahsyat."
( Surah Al-Ahzab: 11 )

"Apabila sebarang bahagian tubuh
badan itu sakit, maka seluruh badan
merasai akan kesakitan itu."
( Maksud satu hadis dalam Sahih Muslim )

Semoga rakyat Jepun terus tabah, sabar dan beristiqomah ( untuk yang Muslim ) dalam melalui hari-hari yang suram. Semoga mereka terus bersemangat dalam membina IMPIAN daripada SEBUAH KEHANCURAN.
Ini hanyalah sebahagian kecil ujian daripada Allah berbanding  SEBESAR-BESAR UJIAN iaitu HARI KIAMAT yang sebenar-benarnya.
Semoga rakyat Jepun kembali bangkit dan sakura kembali segar dan mekar....
 

1 comment:

  1. Tsunami bukanlah saja2, ia menginsafi diri.Kuasa Allah mengatasi segalanya.
    Blog akak sudah tersenarai dlm Link Exchange Blog.tq
    sila check di Link Exchange Blog

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free