/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Sunday, February 13, 2011

Lupa...LIDAH TIDAK BERTULANG

Tak Seindah Wajah

Kusangka aur di pinggir tebing
kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
rupanya palsu penghias dzahir

Kukira hati jiwa nurani
suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
kulupa lidah tidak bertulang

Dimanis gula semut binasa
kail berduri bersalut umpan
Dimanis kata insan terlena
kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakonan hidup
di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
budi dan harta merangkum noda

( Lagu nyanyian S.M. Salim )

   
Lagu ini sudah lama menjadi minat saya, senikata yang dialunkan benar-benar ada kena-mengena dengan rentak hidup masyarakat Melayu kita samada dia Islam atau tidak. Berlakon dan berpura-pura sudah menjadi mainan hidup, sejak dahulu hingga ke hari ini, zaman siber. Semuanya sama saja bukan sahaja pada zaman mak bapa kita, zaman datuk dan nenek kita malah pada zaman Rasulullah s.a.w lagi. Keadaan seperti ini lebih terserlah dalam kalangan ahli politik yang kerap menabur janji terhadap golongan marhaen yang sentiasa mengharap sinar yang entah bila akan kunjung tiba, adakah di Merlimau atau di Kerdau? Hanya Allah yang maha mengetahui. Ini semuanya dilakukan untuk MENCAPAI MAKSUD tanpa mengira NODA dan DOSA. Semoga ALLAH ampunkan DOSA-DOSA kita kalaulah kita ini tergolong dalam apa yang disebutkan sebagai MUNAFIQ.




                                                                              

                                                                    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free