Sebenarnya tidaklah begitu penting untuk mengetahui perihal saya asalkan anda faham dan suka apa-apa yang ingin saya kongsikan di blog ini maka kita sudah ada 'chemistry' atau dengan kata lain kita 'ngam' antara satu sama lain. Saya dan begitu juga anda mungkin mempunyai persamaan minat terhadap sesuatu, misalnya MEMBACA, MENULIS, MENONTON, MENDENGAR MUZIK dan MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN YANG MAHA ESA.
Apa-apa yang dibaca, ditulis, ditonton, didengar dan dinikmati selama ini akan hilang perlahan-lahan daripada ingatan jika kita tidak kongsikannya dengan orang lain, saya SANGAT PERCAYA ini. Sebenarnya tidak semua perkara yang boleh dikongsi dengan orang lain hehehehe...anda tentu faham maksud saya, kalau belum faham buat-buatlah faham..anda akan faham juga suatu hari nanti cuma cepat atau lambat yang membezakannya.
Bahan-bahan yang dipaparkan di blog saya ini sudah semestinya yang menarik minat saya tidak kira yang melibatkan agama atau lain-lain cuma yang saya inginkan ialah sesuatu yang memberikan INGATAN dan PENGAJARAN kepada saya sendiri dan anda mungkin.
kali ini atau untuk hari ini saja barangkali, saya mahu relaks sekejap daripada memikirkan yang berat-berat yang membebankan kepala yang sudah berat ini akibat mengandungi salur darah dan otak yang banyak berfikir tentang yang RINGAN dan yang BERAT. Jom berkongsi 'JOKES' ini...
Math Problem
The teacher came up with a good math problem.
"Suppose, there were a dozen of sheep and six
of them jumped over the fence.
How many would be left?"
"None."
Answered Norman
"None? Norman, you don't know your
arithmetic."
"Teacher, you don't know your sheep.
When one goes, they all go!"
Writing In The Dark
The son asks the dad,
"Dad, can you write in the dark?"
The dad answers, "I suppose so.
What is it you want me to write?"
The son says, "Your name on
my report card.."
No comments:
Post a Comment