/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Tuesday, February 15, 2011

Lupakan Sejarah Cinta Hina Islam Hayati Kasih Sayang & Cinta Rasulullah


Barangkali sudah ramai anak-anak remaja kita yang sudahpun 'delete' 14 Februari daripada minda masing-masing. Begitu juga orang-orang dewasa yang agak liat sebab sudah terbiasa dengan sambutan Hari Kekasih yang berbau maksiat. Daripada meraikan sesuatu yang menyimpang daripada akidah bukankah lebih baik kita menghayati semula bagi yang sudah lupa atau samar-samar tentang kisah KASIH SAYANG dan CINTA RASULULLAH terhadap kita, UMATNYA. Bacalah sampai habis mudah-mudahan mendapat cahaya inspirasi terutama bagi insan yang LEMAH seperti saya @ aku @ ana @ ambo @ gua.

Suasana di Padang Mahsyar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi ternyata baginda tidak dapat membantu.
Lalu mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun baginda juga tidak mampu untuk menolong.
Kemudian mereka berjumpa dengan Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun baginda juga nampaknya tidak mampu menolong. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad s.a.w dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,
"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh Allah, penutup para Nabi dan Rasul, berilah pertolongan kepada kami agar kami segera DIBICARAKAN ( DIHISAB )."
Jawab Nabi Muhammad s.a.w "Aku akan tolong kamu semua."
Rasulullah s.a.w pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian baginda sujud kepada Allah yang Maha Agung selama seminggu. Allah SWT berfirman,
"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang kau mahu minta. Aku akan kabulkan permintaanmu."
Rasulullah s.a.w pun menjawab, "Wahai Tuhan, ini UMATKU, segerakan pengiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-Mu yang telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan TERHINA dan TERSEKSA sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan,mereka menuju pula ke titian yang terentang di atas NERAKA JAHANAM. Keadaan titian itu lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun
naik ke atas, 1000 tahun  mendatar, 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah yang mengucapkan kalimah,
" Ya Allah, selamatkanlah UMATKU, selamatkanlah UMATKU, selamatkanlah UMATKU. "

< Salam dariku untukmu ya Rasulullah >

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free