/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Monday, January 10, 2011

Tentang MARAH

            Abu Hurairah dan Said Al-Magburi mengisahkan ada seorang lelaki memarahi Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah s.a.w duduk di sebelahnya. Rasulullah dan Abu Bakar hanya mendiamkan diri. Oleh kerana orang itu bersikap melampau dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Lalu Abu Bakar membalas maki hamun itu.
            Tiba-tiba Rasulullah s.a.w bangun dan meninggalkan tempat duduknya. Abu Bakar berasa hairan dan terus mengikuti baginda lalu bertanya, "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba Tuan bangun dan meninggalkan saya."
             Rasulullah s.a.w menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."
             Baginda kemudian berkata lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah"
             Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."
             Dalam satu sabda lain, Rasulullah s.a.w berkata: "Marah itu awal segala keburukan. "Sikap marah itu menyebabkan iblis terusir dari syurga. Iblis dengan rasa marah dan sombong enggan akur dengan perintah Allah SWT untuk memuliakan Adam a.s. Perbuatan marah yang bukan pada haknya itu adalah perbuatan tercela. Sebaliknya, sifat marah itu hendaklah kerana Allah SWT.             
              Sesungguhnya peribadi Muslim yang cemerlang memiliki sifat yang sabar. Sifat ini bertentangan dengan sifat marah. Sifat sabar menjadikan jiwa lebih tabah dan tenang, boleh berfikir jauh dan meletakkan keyakinan terhadap kuasa Allah SWT.



                                                                               

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free