/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Friday, December 24, 2010

Bagaimana Hendak Menyatakan TIDAK Apabila kita Merasakan Sepatutnya menyatakan YA

       Dalam hati menidakkan tetapi berasa tidak tergamak meluahkan. Diri terpaksa mengiakan sedangkan sebenarnya kita tidak rela berkata begitu. Demikianlah kita selalu dihimpit rasa bersalah dan selalu terperangkap dalam kehidupan atas nama tugas.
       Komitmen peribadi, kesetiaan dan tanggungjawab itulah yang sering menjadi perangkap yang memenjarakan manusia dan terasa sukar menemui jalan keluar.
       Seseorang tidak boleh meminggirkan diri sendiri dan menjadi pulau yang sukar didekati. Oleh itu salah satu cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan melayan diri sendiri dengan baik terlebih dahulu. Apabila diri dilayan dengan kasih sayang, maka dengan sendiri, kita akan menyayangi orang lain.
       Bagaimana untuk melepaskan diri daripada perangkap itu? Belajarlah memahami diri sendiri, apa yang kita harapkan dalam hidup, apa yang menyekatnya dan apa yang kita perlukan untuk menggembirakan hati sendiri. Selain itu, ambil tindakan positif untuk meningkatkan keyakinan diri dengan memahami latar diri sendiri, dalami dilema yang melanda diri dan buangkan segala halangan yang mengganggu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...