/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Saturday, January 15, 2011

Apakah Kebahagiaan yang Sebenar?

            Berpangkat besar, wang lebih daripada lumayan, menduduki status tertinggi dalam kerjaya tetapi hati masih tidak puas, tidak terasa nikmatnya, tidak tenteram dan masih tidak bahagia, mengapa?
             Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
             "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati."
                                                                                            (Riwayat Bukhari dan Muslim)   
               Maksud kaya hati seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah apabila hati menjadi tenteram, tenang dan berasa cukup terhadap nikmat yang dimiliki. Harta Benda bukan ukuran kebahagiaan seseorang tetapi kebahagiaan itu sebenarnya terletak di hati
               Dalam hal ini, hati perlu dijaga dan diberi haknya supaya lahir sifat-sifat mulia lagi terpuji seperti amanah, bersyukur, sangka baik terhadap orang lain dan sebagainya.

                                                                      

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...