/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Friday, December 16, 2011

KITA TELAH TERLEWAT MENYELAMATKAN SATU AKIDAH

Assalammualaikum wkt, semoga kita semua  Muslim dan Non Muslim dirahmati Allah SWT sepanjang hari ini, esok dan seterusnya..amin..

Ariff Alfian Roslan tiba-tiba sahaja menggemparkan seluruh isi perut bumi Malaysia yang tercinta bukan kerana menjadi pelajar bijak tajaan PETRONAS tetapi disebabkan suatu kisah yang sungguh mengaibkan terutamanya kepada masyarakat Islam di negara ini. Kemungkinan tempiasnya sudah terpercik ke negara-negara jiran yang majoriti masyarakatnya mengamalkan Islam sebagai SATU CARA HIDUP.

Foto-foto berikut ini sudah jelas membuktikan yang pemuda MELAYU ini telah berbuat sesuatu yang MENCONTENG ARANG bukan sahaja ke muka kaum keluarganya tetapi juga keseluruhan muka masyarakat Islam di negara ini. Tidak perlulah kita menyumpah-seranah pemuda ini kerana ini bukan cara penyelesaian walaupun wujud perasaan geram dalam diri.

Tidak sedikitpun berasa bangga dengan penampilan Ariff berbaju Melayu ketika melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka Mat Saleh kerana bagi saya ini tidak dapat menutup kerosakan yang telah dilakukannya. Apalah hendak dibanggakan sangat dengan Melayu kerana itukah yang ALLAH pandang?

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya antara kamu, ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya  ( akan keadaan dan amalan kamu )" -(Surah Al-Hujurat: ayat 13 )





Kalaulah pemuda ini diberi perhatian lebih awal oleh keluarganya dan dibantu pula oleh pihak yang berkemahiran merawat penyakit rohani saya sangat yakin satu akidah umat Islam dapat kita selamatkan. Kes Mohamed Fadzil kita telah terlewat, kes Ariff Alfian lagi sekali kita terlewat, akan adakah lagi kes-kes selepas ini, akan terlewatkah lagi kita? Gigit paha kanan saya percaya paha di sebelah kiri tetap terasa kerana seorang Islam itu ialah saudara kepada seorang Islam yang lain.


Saya berdoa semoga Ariff dan orang-orang yang senasib cepat-cepat sedar daripada mimpi indah yang direka-reka oleh manusia yang tidak percaya wujudnya HARI PEMBALASAN. Sesungguhnya Allah SWT Maha Melimpah Kasih Sayangnya kepada hambaNya dan Allah sentiasa menerima TAUBAT kepada hamba-hambaNya yang sudi dan berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.

1 comment:

  1. atagfirullah..nauzubillah!! mcm nak nanges tgk nih T_T..berderau darah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...