/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Wednesday, December 14, 2011

BUNYI GAMBUS MEMANG TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN

Gambus sejenis alat muzik dari Timur Tengah besar kemungkinan Turki dan Mesir telah dibawa masuk ke Tanah Melayu sekitar tahun 1800. Alat muzik ini banyak dimainkan di Selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor bagi mengiringi tarian zapin yang memang terkenal di negeri tersebut. Irama lagu yang dinyanyikan kebiasaannya berunsur keagamaan dan liriknya dilagukan dalam bahasa Arab berupa doa dan salawat.


Namun sesuai dengan perkembangan zaman yang semakin pantas berubah, gambus dimainkan dalam alunan muzik yang agak moden apabila pelbagai alat muzik yang lain diselitkan seperti biola, gitar dan gendang. Saya tertarik dengan petikan gambus yang dimainkan dalam alunan lagu penyanyi hebat dari Algeria, Rachid Taha dalam lagu  "Ya Rayah". 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free