/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Friday, July 1, 2011

LARANGAN POLIS TIDAK SAH



Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan polis melarang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan, bukan sahaja tidak sah malah melanggar perlembagaan.
"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.
"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti islam antarabangsa (UIA) itu kepada Malaysiakini.
Abdul Aziz (gambar atas) menjelaskan, di bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.
Beliau berkata, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu, sekali gus menentang undang-undang.
Paling teruk, katanya, ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam Perlembagaan. Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembangaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin. "Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," katanya.

Sumber: Suara Keadilan 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free