/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Friday, July 1, 2011

Berapa BERSIH Bayar Untuk Baca sajak?



Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara -
Kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Puisi A Samad Said

Sumber: Suara keadilan 

Nota: 
Sajak di atas yang dibaca oleh Pak Samad di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu telah menyebabkan beliau disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 4(1) Akta hasutan 1948. 
Sasterawan Negara ini akan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini walaupun ditekan polis yang menyiasat beliau.
Syabas Pak Samad kerana 'tua-tua keladi, semakin tua semakin jadi'.
Saya berpendapat apa yang dilakukan Pak Samad ini merupakan suatu cabaran buat anak muda di negara ini yang sering leka dengan hiburan  realiti sogokan stesyen tv. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free