/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Sunday, May 22, 2011

PILU DI HATI SIAPA YANG TAHU

Dalam melalui hujung minggu yang panas pada sebelah pagi dan hujan yang agak lebat pada sebelah petang, fikiran saya masih tidak berhenti memikirkan nasib orang-orang yang ditimpa bencana terutama anak-anak tak berayah di Madarasah Al-Takwa. Mendapat tahu 7 daripada yang maut dikebumikan dalam satu liang lahad petang tadi menerbitkan rasa pilu di hati saya.
    
Pada zaman Rasulullah s.a.w anak-anak seperti ini sangat dikasihi nabi, dipelihara, diberi perlindungan dan tidak boleh disakiti, malah dengan mengusap-usap kepala mereka saja Allah S.W.T memberi ganjaran pahala apa lagi meringankan bebanan mereka dengan menyedekahkan barangan keperluan seperti wang, makanan dan pakaian.


Namun saya percaya anak-anak yatim di negara kita hidup serba berkecukupan. Mereka diberi tempat tinggal dan segala kemudahan termasuk duit poket ke sekolah. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ada penghuni asrama anak yatim di tempat tinggal saya yang hidup lebih senang daripada orang lain. Boleh dikatakan kehidupan mereka lebih mewah lantaran ramai golongan korporat mahu menabur bakti.


Apapun bagi saya apabila mereka layak untuk menerima segala kesenangan maka mereka juga harus berusaha lebih kuat untuk memajukan diri dalam pelajaran agar tidak jauh ketinggalan daripada yang lain.


Dalam pilu, yang pergi biarkan pergi namun yang tinggal ini perlu meneruskan kehidupan di samping memperbaiki diri kerana bagi saya hidup ini terlalu singkat dan pendek.


2 comments:

  1. assalamualaikum..salam perkenalan mama hulurkan..memang sedih mendengar berita ini..semuga mereka yang terkorban ditempatkan didalam gulungan umat yang beriman...amin..

    ReplyDelete
  2. salam

    aduh..memang kacau bila soalan ini di utarakan
    =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...