/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Monday, May 23, 2011

BOSAN DENGAN JAWAPAN 'STANDARD' INI..!!

"Rumah akan diruntuhkan jika tidak selamat"


"Tanah runtuh: Hishammuddin terharu"


"Pejabat Parlimen Hulu Langat lancar bantuan"


"Kasih sumbang RM10,000"


"Tiada sebarang kebenaran dikeluarkan MPKj"


"Ambil iktibar insiden berlaku: Ahmad Maslan"

Ini antara tajuk-tajuk kecil sebuah akhbar yang saya baca hari ini yang berkaitan dengan tragedi tanah runtuh yang melibatkan penghuni Asrama Anak yatim Madrasah Al-Taqwa.


Terus terang saya SUDAH BOSAN membaca respon-respon sebegini, penuh hipokrasi!
Kenapa tidak? Sudah acap kali berlaku tragedi seperti ini dan inilah respon-respon yang akan dilontarkan oleh pihak-pihak yang berkenaan atau dengan kata lain melontarkan komen-komen 'standard' tak ubah seperti menghafal skrip lagaknya.


Baru sebentar tadi saya mengikuti berita jam 12 yang memaparkan lintasan wawancara dengan seorang jurutera entah dari mana membuat kenyataan seperti ini:


"Tanah runtuh ini berlaku akibat hujan lebat di kawasan berkenaan"


Pada pandangan saya, budak-budak sekolah pun sudah hafal topik tanah tuntuh dalam subjek Geografi.
Persoalannya di sini ialah bagaimana pembinaan rumah dibenarkan di kawasan yang berisiko mengalami tanah runtuh? Adakah ini mendapat kebenaran? kalau ada, siapa yang membenarkan? Adakah segala prosedur telah dipatuhi semasa dalam pembinaan?


Adakah kita mengamalkan sikap 'sudah terhantuk baru tengadah?
Saya hampir pasti bahawa persoalan-persoalan ini akan tinggal sebagai persoalan tanpa jawapan.
Kenapa begini? 'Orang-orang di atas' ada jawapannya!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free