Jocelyn Wildenstein dari Switzerland sanggup menjalani pembedahan plastik untuk memenangi semula hati suaminya yang telah berlaku curang. Pembedahan kali pertama tidak berjaya memikat semula suaminya lalu wanita ini kembali semula mendapatkan pakar bedahnya itu untuk melakukan pembedahan plastik kedua tetapi pembedahan kali ini harus menukarkan wajahnya mirip seekor singa kesayangan suaminya yang dipelihara di hutan kepunyaan mereka. Namun si suami wanita ini menjerit ketakutan semasa melihat Jocelyn sementara pelanggan-pelanggan pakar bedah itu lari bertempiaran ketakutan kerana bimbang wajah mereka akan kelihatan seperti wanita ini selepas pembedahan.
Wajah sebelum bedah |
Wajah selepas bedah |
Hang Mioku, seorang wanita cantik berasal dari Korea telah terdorong menyuntik minyak masak ke wajahnya akibat kehabisan silikon yang kebiasaannya digunakan oleh pakar bedah plastik. Wanita ini pernah menjalani pembedahan wajah ketika berusia 28 tahun. Obsesi Hang Mioku menurut pakar bedahnya merupakan suatu gejala yang berpunca daripada kelainan psikologi.
Conie Culp dari New York telah kehilangan bahagian hidung, pipi, mulut dan tulang bawah mata akibat tembakan daripada suaminya sendiri dengan menggunakan shotgun . Walaupun telah berjaya menjalani pembedahan transplant muka namun wanita malang ini mengalami trauma yang dahsyat sehingga mengambil masa bertahun untuk keluar di khalayak. Tindakan tidak berperikemanusiaan suaminya ini hanya dibalas dengan hukuman 7 tahun penjara.
Dalam ketiga-tiga kejadian ini, saya sangat bersimpati dengan Conie Culp. Dia tidak layak dihukum sekejam itu atas apapun alasannya. Kejadian seumpama ini pernah juga berlaku di negara kita sedikit masa dulu tetapi bezanya yang disimbah asid itu seorang lelaki. `
Salam...astaghfirullah..subhanallah, ciptaan Tuhan juga yg sempurna
ReplyDeleteSepatutnya kita ni perlu bersyukur sangat-sangat dengan apa yang kita ada.
ReplyDeleteati manusia tak pnah puas dengan apa yang ada
ReplyDelete