/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Sunday, May 8, 2011

"GOT QUESTIONS? GET ANSWERS"

Beberapa idea BIJAK untuk menarik perhatian masyarakat tentang Islam di negara Barat seperti Amerika Syarikat dilihat agak berlainan. Kempen yang telah dijalankan oleh GainPeace di Chicago ini ternyata telah membuahkan hasil. Kegiatan organisasi ini bukan sahaja mampu meluruskan pandangan serong masyarakat Barat yang tidak betul tetapi 17 orang warga Chicago telah menyatakan syahadah setelah melihat iklan pada badan bas.


Selain meletakkan iklan pada badan bas, ada bermacam-macam cara yang digunakan untuk tujuan yang sama, memperbetul pandangan salah dan mengajak masyarakat menyelami hidup sebagai seorang Muslim.





Yang lebih menarik, setelah memeluk Islam mereka tidak diabaikan. Mereka mendapat bimbingan seorang mentor dari GainPeace malah diberi layanan belajar Islam online setiap seminggu sekali 
yang mana mereka boleh belajar segala macam mulai daripada cara solat, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free