/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Thursday, November 17, 2011

KENA 'REMOVE' SEBAB TERLAMPAU!

Assalam, malam yang hening dan bening....

Sudah agak lama tidak menaip entri sendiri sampaikan jari jemari ini mulai kejung dan keras.
Makanya saya terpaksa cuba-cuba melembutkan tangan agar dapat digunakan untuk menaip kembali pada saat dan ruang yang terbatas ini.

Tiada apa yang hendak saya kongsikan di sini pada saat ini kecuali suatu hal yang saya kira amat berguna demi sebuah TELEKUNGPUTIH,BLOGSPOT.COM ini. Tidak lain tidak bukan ialah tindakan membuang jauh-jauh sebuah blog dari seberang yang saya tanpa menyiasat terlebih dahulu 'terfollow'  haha 'terfollow' hehe bahasa rojak kan. Kenapa saya membuangnya jauh-jauh?

Ini kerana blog ini sering memaparkan entri-entri yang menyinggung perasaan saya sebagai perempuan. Maksud saya kelucahan yang melampau! Kemasukan pelawat yang ramai mungkin menjadi keutamaan blogger ini tapi tidak bagi saya kerana ini melanggar prinsip dalam hidup TITIK!

Oleh itu SELAMAT TINGGAL..!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free