/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Tuesday, August 16, 2011

RAYA TANPA KEK LAPIS


Kebiasaannya kek lapislah yang paling mendapat sambutan berbanding kek-kek yang lain pada musim perayaan. Ada yang mengatakan 'raya tak sah kalau tiada kek lapis'. Pokoknya kek lapis juadah wajib semasa raya walaupun harganya agak mahal namun dengan memilikinya saja sudah satu kepuasan untuk menjamu tetamu. Walau bagaimanapun bagi saya sendiri lebih menyukai kek 'black forest' dan kek masam manis kerana sesuai dengan selera saya dan anak-anak.
Kek lapis yang sedap sudah tentu terletak pada ramuannya. Satu daripada ramuan wajib ada ialah mentega GOLDEN CHURN.
Oleh sebab baru-baru ini satu kenyataan dibuat oleh JAKIM (Jabatan kemajuan Islam Malaysia) yang  mengesahkan mentega ini TIDAK HALAL lantaran mengandungi DNA babi, maka ramai yang terpaku sekejap terutama pengusaha-pengusaha kek lapis. Bayangkan sudah bertahun-tahun menjadi pengguna produk ini namun tahun ini mereka terpaksa pula menukar strategi agar perniagaan tidak terjejas.
Apapun umat Islam perlu berhati-hati kerana kita bimbang kemungkinan ada pengusaha yang masih tidak berganjak dengan ramuan lama yang menjadikannya sedap dan enak dimakan.
 Kita sebenarnya ada beberapa pilihan ketika menjamu selera di rumah teman-teman semasa berhari raya nanti. Tidak salah untuk bertanya tuan rumah tempat kita berkunjung untuk kepastian  supaya dapat menjauhkan kita daripada syubhat. Senang bukan?
  
'Pure Creamy Butter-Golden Churn'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free