/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Saturday, August 13, 2011

BUBUR JAGUNG PELENGKAP BERBUKA


Di samping tamar atau kurma yang menjadi juadah wajib berbuka setiap kali sungkai, saya mahu mencadangkan kawan-kawan menambah satu lagi menu biasa orang-orang Melayu tetapi cukup mengenyangkan bagi menggantikan nasi yang agak sinonim dengan kita. Saya boleh jamin selepas menikmati makanan ini, perut tidak terasa kenyang sangat sehingga mengganggu ibadah solat Maghrib, Isya' dan Tarawikh.
  

Bubur Jagung

Bahan-bahannya:
300ml air suam
40g  sagu
150g gula halus
2 helai daun pandan
400ml santan
2 tin jagung manis
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Didihkan air bersama sagu dan masak sehingga sagu menjadi lembut.
2. Masukkan daun pandan, gula, garam dan santan. Reneh sehingga wangi.
3. Masukkan jagung manis.
4. Masak sehingga pekat.
5. Hidangkan ketika suam atau boleh bubuh air batu jika suka sejuk. 

Selamat mencuba!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free