/>
Remember Allah In Every Beat Of Your Heart

Friday, August 12, 2011

5 BONUS KHAS RAMADHAN UNTUK UMAT MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: :Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah S.W.T.

Bonus 2: Para malaikat beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3: Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'hampir-hampir hamba-hambak-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia dan di akhirat)

Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan lain selain Ramadhan.

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang betanya kepada baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnnya" (Riwayat Ahmad)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free